Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usah import politik asing; jauhi kebencian kaum, agama: Faishal

Nov 12, 2020 | 05:30 AM



WARGA Singapura tidak harus sekali-kali mengimport politik asing, dan perlu mencegah kebencian perkauman dan keagamaan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Mengulas tentang serangan pengganas di Perancis dan Austria baru-baru ini, Dr Faishal berkata pembunuhan tersebut merupakan jenayah kejam yang dilakukan oleh individu terpesong.



"Islam tidak menerima tindakan ganas terhadap insan yang lain.



"Dalam dunia global yang saling berhubung, orang ramai boleh berasa emosi terhadap isu seperti itu, tetapi warga Singapura tidak harus mengimport politik asing dan sentiasa mengelak daripada terlibat dalam kebencian perkauman dan keagamaan," kata Dr Faishal dalam satu pos di Facebook semalam.



Beliau telah menyentuh tentang isu tersebut dalam satu dialog bersama pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah semalam.



Baru-baru ini, kumpulan pengganas ISIS mengaku bertanggungjawab melancarkan kes tembakan rambang di Vienna, yang meragut nyawa empat individu.



Serangan itu berlaku selepas beberapa kejadian membabitkan kumpulan ekstremis di Perancis, termasuk serangan ke atas pengunjung gereja di Nice dan seorang guru dipenggal di luar Paris.



Semalam, pelajar Madrasah Aljunied telah menyertai satu dialog selepas sesi tayangan filem anjuran Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) bersama madrasah itu.



Dalam acara tersebut, pelajar Prauniversiti Satu dan Dua telah menonton filem dokumentari Cubs of the Caliphate (Anak-Anak Khalifah) mengenai anak muda yang terpedaya dengan pengaruh kumpulan pengganas ISIS.



Mereka juga telah berpeluang berdialog bersama Dr Faishal; kaunselor RRG, Ustaz Ahmad Saiful Rijal; serta zamil pelawat Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Dr Noor Huda Ismail.



"Memandangkan Covid-19 telah meningkatkan penggunaan Internet dan media sosial dalam kalangan belia, usaha mendekati pelajar madrasah ini adalah tepat pada masanya.



"Pelajaran daripada laporan kes individu yang radikal menunjukkan bahawa belia di Singapura tidak imun kepada unsur-unsur fahaman lampau dan radikal ini, dan secara kolektif masyarakat perlu berwaspada, khususnya dalam talian," kata Dr Faishal.



Katanya lagi, kurikulum madrasah telah membekalkan lulusannya dengan keupayaan untuk "memahami kejadian global, dan untuk memahami bagaimana tradisi Islam menggalakkan amalan secara konteks (contextualisation), khususnya dalam konteks berbilang agama di Singapura".



Dalam sesi dialog itu, pelajar juga menimbulkan soalan mengenai peranan yang boleh dimainkan mereka sebagai pelajar madrasah untuk mengatasi fahaman lampau dan radikal, menurut seorang lagi ahli panel, Ustaz Ahmad Saiful Rizal.



"Respons saya - sebagai pelajar madrasah dan asatizah masa depan, mereka penjaga pintu ilmu agama Islam.



"Oleh itu, penting bagi mereka untuk mencegah orang ramai daripada mempelajari agama daripada sumber yang salah," kata Ustaz Saiful kepada Berita Harian.



RRG pula berkata ia berharap tayangan filem Cubs of the Caliphate itu dapat mendedahkan topik tentang bahaya radikalisasi dalam talian dan keperluan untuk berwaspada dalam talian.



September lalu, kumpulan itu telah melancarkan versi penuh filem Cubs of Caliphate di wadah media sosialnya, sebagai sebahagian usaha mendekati belia dan masyarakat.



Filem dokumentari sepanjang 25 minit itu menelusuri perjalanan dua bekas 'cubs' berasal dari Indonesia yang radikal dan telah melakukan perjalanan ke Syria pada usia yang muda.



Mereka segera menyedari kebohongan Khilafah Islam yang digambarkan oleh ISIS.



Filem itu juga mengetengahkan dua kes remaja yang terjebak dengan radikalisasi dalam talian di Singapura.



Acara semalam merupakan antara daya usaha RRG untuk turun padang dalam program mendekati masyarakat.



Sejak bermulanya Covid-19, RRG telah mengadakan taklimat dan bengkel webinar Zoom dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >