Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FATWA BERKENAAN TUDUNG BAGI PEKERJA PENJAGAAN KESIHATAN BERSERAGAM

Usah paksa, pandang rendah wanita Muslim tidak bertudung semasa kerja: Muis

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT tidak harus memaksa wanita Muslim memakai tudung ketika bekerja atau memandang rendah terhadap mereka yang tidak melakukan demikian.



Ini kerana, apabila wanita itu tidak dapat menutup aurat dengan sempurna ketika melakukan tugas yang 'menyempurnakan kemestian', beliau boleh memilih untuk meneruskan tugasnya.



Tugas sedemikian termasuk kerja yang dilakukan supaya dapat berdikari dalam mencari rezeki dan tidak mengharapkan sedekah, serta kerja yang dilakukan untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran negara.



Masyarakat harus mendoakan agar wanita itu dapat menyempurnakan tanggungjawab agama tersebut dengan sebaik mungkin.



Demikian dinyatakan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya mengenai fatwa berkaitan pemakaian tudung dalam perkhidmatan pakaian seragam semalam.



Muis berkata, kakitangan wanita Muslim berseragam yang tidak dapat memakai tudung ketika bertugas perlu membuat penilaian teliti berpandukan dasar-dasar pekerjaan, sebab-sebabnya, kemaslahatan serta keperluan untuk bekerja dan berkhidmat kepada masyarakat dan negara.



"Mereka lebih mengetahui keadaan dan situasi masing-masing, dan harus mempertimbangkannya dengan berpandukan prinsip-prinsip dan nilai-nilai syariat Islam," katanya.



Prinsip itu termasuk mendahulukan tanggungjawab dan keperluan yang lebih utama, mengikut peringkat yang telah ditentukan syariat bermula dengan daruriyyat (kemestian), diikuti hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyyat (keinginan).



Dalam mengimbangi antara tanggungjawab dengan keperluan kehidupan, sesuatu yang menjadi daruriyyat (kemestian) harus diutamakan.



Memberi contoh, Muis berkata pekerjaan, bagi sesetengah orang, bukan satu pilihan tetapi satu kemestian. Mereka perlu bekerja untuk menjaga diri dan tanggungan.



Ada juga yang bertugas untuk menjaga kestabilan dan kemakmuran negara, seperti pekerja dalam sektor kesihatan dan keselamatan awam.



"Memelihara kesinambungan hidup yang baik dan bermakna, serta memastikan kestabilan dan kemakmuran negara adalah antara daruriyyat (kemestian) syariat yang mesti dipelihara.



"Kewajipan menutup aurat pula termasuk di dalam kewajipan tahsiniyyat (keinginan) seperti yang telah dibincangkan oleh sebahagian ulama seperti Imam al-Shatibi.



"Maka, jika seseorang mendapati dirinya dalam situasi menyempurnakan daruriyyat sedemikian tetapi tidak dapat menutup auratnya dengan sempurna kerana dasar pekerjaan, maka beliau boleh memilih untuk meneruskan tugasnya selagi mana ia tidak membawa kemudaratan kepada dirinya mahupun orang lain," kata Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >