Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usah pandang serong isteriku wanita Batam

Duda warga Singapura kahwin dan tinggal di pulau Indonesia tapi cari rezeki di sini
Jun 19, 2017 | 05:30 AM



Lebih 400 rakyat Singapura antara sekitar 3,000 warga asing diizin tinggal di Batam tahun lalu. Ada daripada mereka beristeri wanita Batam, sementara yang lain bertugas atau menjalankan perniagaan di sana. SAINI SALLEH (saini@sph.com.sg) memapar dua warga Singapura yang menjadikan Batam rumah kedua.



BELIAU sanggup bekerja 16 jam tiga atau empat hari berturut-turut dalam seminggu di Singapura walaupun ia memenatkan kerana pendapatan yang diraih dapat menyara kehidupan beliau sekelurga.



Encik Fareez (nama samaran), seorang drebar van pelancong warga Singapura, juga sengaja memilih jadual kerja sedemikian kerana ingin menghabiskan lebih banyak masa - tiga hingga empat hari - bersama isterinya di Batam.



"Dalam tiga atau empat hari itu, saya dapatlah sekitar $400 hingga $500 untuk menyara keluarga baru saya di sana.



"Pendapatan sebegini lebih daripada cukup kerana kos sara hidup di Batam sangat rendah berbanding Singapura. Saya cuma perlu sekitar $400 sebulan untuk makan minum, bayar bil air api dan duit belanja isteri saya,'' kata Encik Fareez, 53 tahun.



Menurut Encik Fareez, yang mempunyai seorang anak bersama bekas isteri pertamanya, rumah tangga kedua yang dibina lebih dua tahun lalu itu membahagiakannya.



"Jauh di mata dekat di hati. Saya sekarang rasa lebih tenang sejak mendirikan rumah tangga di rantau orang. Hidup saya dah tak stres.



"Serba-serbi murah di Batam ini. Saya pun dah semakin selesa... dah banyak kenalan, dah kenal orang kampung dan dah tahu jalan sana sini di Batam,'' katanya ketika ditemui di rumah mentuanya, Cik Sukinam, di Sekupang, sekitar 45 perjalanan feri dari Singapura.



Isterinya, Cik Handayani, 28 tahun, janda anak satu ketika mereka diijab kabul setelah mendaftar pernikahan mereka di Kantor Urusan Agama (KUA) di Batam pada 2015.



Encik Fareez tiba di pintu rumah ibu mentuanya dengan disambut dakapan mesra isteri yang kelihatan diulit kerinduan.



Cik Handayani juga menekap-nekap muka suaminya yang bermandi peluh dek cuaca panas Batam dengan tisu.



"Abang apa khabar? Abang sihat? Abang dah makan,'' tanyanya dengan nada penuh kasih sayang dan muka berseri-seri.



Encik Fareez antara warga Singapura yang menetap di Batam menggunakan pas lawatan sosial tetapi mencari rezeki di Singapura. Sesetengah mereka menyewa atau membeli rumah di Batam dan ada berulangalik ke Batam bagi urusan perniagaan atau mempunyai cawangan di pulau yang pernah diberi gelaran 'syurga dunia' dalam kalangan lelaki yang suka melencong ke sana.



Encik Fareez dan Cik Handayani merancang berpindah ke rumah mereka sendiri yang hampir siap di Kampung Parabola, Tanjong Pinggir, juga di Sekupang, dalam sebulan dua ini.



Rumah yang dibangunkan di atas tanah milik kakak Cik Handayani dengan kos sekitar $4,000 itu terletak di sebelah rumah ketua kampung, atau Rukun Tetangga, Encik Dadi Iskandar.



Ditanya mengenai jodoh anaknya dengan warga Singapura itu, Cik Sukinam, 63 tahun, ibu 11 anak dan nenek 14 cucu, berkata: "Kalau sudah jodoh takkan ke mana. Saya restui perkahwinan mereka kerana mereka sudah suka sama suka."



Encik Fareez jatuh cinta pandang pertama selepas melihat gambar Cik Handayani menerusi kakaknya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Toa Payoh sekitar tiga tahun lalu.



Mereka melabuhkan titian cinta dengan saling berhubungan dan bertemu di Johor Bahru, tempat Cik Handayani bekerja sebagai ahli terapi sebuah spa, dan kemudiannya mendirikan mahligai bahagia.



Encik Fareez berharap masyarakat dan kaum keluarga tidak memandang serong terhadap lelaki sepertinya yang mendirikan rumah tangga dengan wanita di Batam.



"Pada awal 1990-an memang orang pandang serong bila kita pergi Batam. Tapi masalah warga tua berfoya-foya dan kemudian kahwin dengan perempuan Batam dah jarang didengar.



"Yang penting saya dan isteri hidup bahagia, tak ada stres dan tak berserabut selalu fikirkan tentang kos sara hidup yang tinggi,'' katanya sambil menyatakan beliau suka kehidupan kampung yang jauh daripada hiruk- pikuk kehidupan kota.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >