Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN MENGENAI IDENTITI IPS-RSIS

Usah tanggap melulu, prejudis terhadap sesuatu kaum

Lawrence Wong: Pandangan serong, stereotaip sukarkan cari kesaksamaan, huraian bermanfaat bagi semua pihak
Nov 24, 2021 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura tidak harus mempunyai tanggapan melulu atau pandangan stereotaip, apalagi bersikap prejudis, ke atas sesuatu kaum, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Singapura, kata beliau, adalah negara majmuk yang menyepadukan masyarakat pelbagai bangsa, khususnya daripada tiga tamadun utama yang kompleks - China, India dan Asia Tenggara.



Sedang latar kehidupan seseorang atau sesuatu kaum itu berbeza, itu tidak bermakna ia menjadi lesen bagi tanggapan serong.



"Saya pernah bercakap tentang hal ini sebelumnya dalam konteks 'Keistimewaan Cina'. Sebagai contoh, seorang wanita Cina dari latar kehidupan miskin akan mengalami pengalaman hidup sangat berbeza berbanding seorang lelaki Cina daripada keluarga kaya.



"'Keistimewaan Cina' bukan hanya satu stereotaip sedemikian. Ramai dalam kalangan kita mempunyai tanggapan tersendiri tentang latar etnik, jantina, agama atau ketaatan politik seseorang.



"Golongan minoriti, terutamanya, lebih terdedah kepada sikap prejudis; dan kita semua mesti sedar sikap stereotaip sebegini.



"Kita mesti elak daripada mengurangkan pemahaman kita mengikut satu dimensi sahaja. Ini akan mengakibatkan pandangan kita menjadi lebih tegar ke atas mereka yang berbeza daripada kita, dan lama-kelamaan, kita akan melihat semua isu-isu ini daripada lensa sedemikian," kata Encik Wong.



Beliau berkata demikian dalam ucapan di persidangan mengenai identiti anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS) dan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), yang membincang tentang peningkatan semangat berpuak, atau tribalisme, dan politik identiti dan bagaimana ia akan menjejas Singapura, semalam.



Encik Wong berkata sekiranya tanggapan stereotaip itu kekal, ia akan lebih menyukarkan semua pihak mencari kesaksamaan atau huraian yang bermanfaat bagi semua kumpulan.



Beliau juga mengingatkan rakyat Singapura supaya jangan memecahbelahkan masyarakat menjadi kumpulan lebih kecil.



"Ini boleh kita lihat dalam sesetengah masyarakat - feminis (pejuang hak wanita) berkulit hitam tidak boleh pandang feminis kulit putih; atau satu minoriti berasa ia harus lebih terkesan berbanding minoriti lainnya; dan seterusnya.



"Kita mesti lawan naluri hendak mengasingkan diri kita dan memulaukan yang lain, tetapi sebaliknya bersedia membangunkan kefahaman dan kesaksamaan merentasi jalur identiti," kata Encik Wong.



Hakikatnya, tambah beliau, semua orang punya identiti yang pelbagai dan ia suatu yang benar bagi identiti kaum dan agama dan bagi beberapa identiti lain.



"Sebagai warga Singapura, tidak bermakna kita perlu menyerahkan identiti kita yang lain. Kita mungkin seorang yang berbangsa Cina, Melayu, India, Serani atau bangsa lain, tetapi yang pertama dan utama sekali, kita adalah warga Singapura.



"Begitu juga, tanpa mengira jantina atau orientasi seksual kita, tak kisahlah apa pun perkara yang kita perjuangkan, kita semua lebih dahulu akui sebagai warga Singapura," katanya.



Sebagai sebuah masyarakat, rakyat negara ini perlu terus memberi harapan dan peluang saksama agar seluruh rakyat Singapura dapat menikmati kehidupan baik, tambah Encik Wong.



Meningkatnya politik melampau di banyak negara maju sebahagian besarnya disebabkan masalah ekonomi mereka, ujar beliau.



"Kelas pertengahan di banyak negara Barat semakin hilang kedudukan mereka untuk beberapa dekad.



"Sesebuah isi rumah kini berdepan kedudukan pendapatan yang mendak, dengan anak-anak tidak lebih maju daripada ibu bapa mereka. Lulusan maktab gagal mendapat pekerjaan dan menanggung hutang persekolahan.



"Kita tidak harus membenarkan ini berlaku di Singapura. Jadi kita mesti terus bekerja keras untuk menggalak pertumbuhan, dan memastikan semua warga Singapura boleh berjaya dalam mengejar cita-cita mereka," kata Encik Wong.




EMPAT 'RAMUAN' LAWRENCE WONG



PERTAMA

Untuk menangani semangat berpuak dan politik identiti, rakyat Singapura harus memperkukuh hubungan manusiawi



KEDUA

Mesti elak membuat tanggapan stereotaip ke atas sesebuah kumpulan orang atau menanggapi yang sesuatu masyarakat itu monolitik atau punya sikap yang sama (homogenous)



KETIGA

Tampilkan sikap diri yang lebih baik



KEEMPAT

Sebagai sebuah masyarakat, warga Singapura mesti terus memberi seluruh rakyat Singapura harapan dan peluang saksama untuk menikmati kehidupan baik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >