MASYARAKAT Melayu harus berusaha memisahkan diri daripada bersikap terlalu melindungi anak mereka yang masih kecil dan sebaliknya menghantar si cilik memasuki prasekolah, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Pendekatan sedemikian wajar diambil meskipun ada anggota keluarga yang boleh menjaga anak itu di rumah kerana suasana prasekolah bakal mendedahkan anak tersebut pada interaksi sosial bersama rakan sebaya yang sekali gus memberi manfaat ke arah perkembangannya.