Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Usah terpedaya jika dapat SMS minta bayar denda trafik

Polis kesan penipuan pesanan arah mangsa ke laman web palsu Polis Trafik
May 24, 2023 | 06:27 PM



SATU penipuan pancingan data baru melibatkan laman web polis trafik palsu dan yang meminta pembayaran denda trafik telah dikenal pasti oleh polis.

Polis berkata mangsa terpedaya ke laman web palsu itu menerusi SMS yang mengatakan kononnya mereka mempunyai kesalahan trafik tertunggak kerana memandu secara laju, dan memberi amaran bahawa kegagalan membayar denda akan membawa kepada caj tambahan.

Pautan dalam mesej itu mengarahkan mangsa ke laman web palsu itu di mana mangsa diarah membayar denda dengan mengisi butiran seperti butiran bank, kod keselamatan atau kata kunci (OTP).

Polis berkata dalam kes kesalahan trafik tulen, seperti yang dikesan oleh kamera Polis Trafik, pemilik kenderaan terlibat dalam kesalahan itu akan diminta melalui pos untuk memberikan butiran pemandu.

Notis Kesalahan Trafik kemudian akan dikeluarkan kepada pemandu yang melakukan kesalahan itu.

Polis Trafik tidak mengeluarkan sebarang notis versi digital.

Nasihat polis itu dikeluarkan seminggu selepas polis memaklumkan orang ramai tentang penipuan melibatkan muat turun aplikasi ScamShield palsu yang memasang malware, atau perisian hasad, pada alat peranti mangsa.

Orang ramai tidak seharusnya memuat turun sebarang aplikasi mencurigakan kerana ia mungkin mengandungi malware pancingan data yang boleh digunakan oleh penipu untuk menggodam alat peranti.

Mereka juga harus mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti menambah aplikasi ScamShield pada alat peranti mereka dan menggunakan ciri keselamatan seperti pengesahan dua faktor (2FA), pengesahan bank bertingkat serta had bagi urus niaga perbankan Internet.

Orang ramai juga harus berwaspada tentang tanda tanda penipuan dan bersandarkan kepada sumber rasmi seperti www.scamalert.sg atau menghubungi talian Anti-Scam di 1800-772-6688.

Pengguna juga dinasihatkan agar tidak klik pautan URL yang meragukan dari sumber tidak rasmi, dan untuk memeriksa ketulenan pautan URL dengan laman web atau sumber rasmi.

Untuk maklumat sah mengenai kaedah pembayaran bagi kesalahan trafik, orang ramai boleh melayari https://www.police.gov.sg/Advisories/Traffic/Traffic-Matter

Orang ramai juga dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa dan keluarga serta rakan-rakan tentang sebarang penipuan dan melaporkan sebarang urus niaga penipuan dengan pihak bank.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah sedemikian hendaklah menghubungi talian polis di 1800-255-0000, atau menyerahkannya dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >