MASYARAKAT Singapura boleh memilih untuk berpecah-belah dan menjadi masyarakat menyendiri atau terus meraikan keharmonian kaum dan agama di masa depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean.
Sehubungan dengan itu, beliau menekankan Singapura tidak harus membiarkan serangan pengganas mencetuskan ketakutan dan memecahbelahkan masyarakat sekiranya ia berlaku di sini.