Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha ambil pekerja sektor penerbangan dipergiat

Iswaran: Cabaran utama sektor ialah untuk rangsang tenaga kerja agar dapat beroperasi pada kapasiti
Mar 31, 2022 | 05:30 AM



SEKTOR penerbangan setempat sedang menggiatkan usaha pengambilan pekerja bagi memastikan Lapangan Terbang Changi berjalan lancar setelah pergerakan bersambung semula, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.



Ini selepas ia kehilangan jumlah tenaga kerja yang signifikan sejak dua tahun lalu ekoran kesan Covid-19.



Bercakap dengan media menyusuli satu lawatan ke Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semalam, Encik Iswaran berkata jumlah pekerja dalam sektor pengangkutan udara adalah kini sekitar dua pertiga hingga sekitar tiga suku daripada jumlah sebelum pandemik.



Beliau menjelaskan bahawa cabaran utama sektor itu ialah untuk merangsang tenaga kerja agar ia dapat beroperasi pada kapasiti diperlukan sedang Singapura melonggarkan sekatan sempadan.



"Kadar pekerja yang berhenti adalah berpelbagai, daripada apa yang saya diberitahu, kadarnya adalah di antara sehingga separuh dalam aspek tertentu sehingga mungkin sepertiga (daripada jumlah tenaga kerja).



"Jadi ia adalah kadar yang agak signifikan dan ini kerana ia adalah kesan yang tidak boleh dielakkan oleh masyarakat penerbangan disebabkan oleh virus," ujar Encik Iswaran.



Tambahnya, pemain industri kini mengambil pekerja dari dalam dan luar negara seperti Malaysia, dengan tujuan membuat persiapan menjelang permintaan meningkat.



"Saya boleh katakan yang kapasiti sekarang adalah pada sekitar dua pertiga hingga sekitar tiga suku daripada kapasiti sebelumnya dan ini akan meletakkan kita dalam kedudukan baik dalam menangani sebarang kenaikan jumlah yang dijangkakan."



Namun, Encik Iswaran ia akan mengambil masa untuk melatih pekerja baru dan membiasakan mereka dengan operasi, khususnya kerana ada proses kerja telah berubah sejak dua tahun lalu.



Minggu lalu pemerintah mengumumkan Singapura akan membenarkan semua pelawat yang divaksin penuh memasuki negara ini tanpa kuarantin mulai Jumaat.



Mereka hanya perlu mengambil ujian Covid-19 sebelum berlepas ke Singapura dan tidak lagi dikenakan tuntutan lain seperti mengambil penerbangan yang diperuntukkan.



Ini adalah langkah signifikan dalam membuka semula sempadan negara, menurut Encik Iswaran.



Tetapi beliau menekankan lagi bahawa dasar sempadan boleh berubah berdasarkan perkembangan Covid-19.



"Jadi banyak usaha dibuat sekarang bukan untuk merangsang kapasiti dan membuka semula, tetapi memastikan kita mempunyai keupayaan untuk berubah ke kedudukan lebih konservatif jika terdapat keperluan," terangnya.



"Walau dalam kita memperkukuhkan keupayaan, adalah penting juga untuk kita terus berwaspada."



Bagi dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 1.42 juta penumpang dilaporkan melalui Lapangan Terbang Changi - 13 peratus daripada kadar sebelum pandemik, menurut kenyataan Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG).



Tahun lalu, seramai tiga juta penumpang melalui lapangan terbang, iaitu hanya 4.4 peratus daripada 68 juta penumpang pada 2019, sebelum pandemik.



Sehingga bulan ini, 81 syarikat penerbangan telah mengendalikan lebih 2,800 penerbangan mingguan ke 116 bandar di 46 negara dan rantau.



Ini berbanding 91 syarikat penerbangan yang mengendalikan sekitar 7,480 penerbangan mingguan pada Mac 2019, menghubungkan Changi dengan 164 bandar di 48 negara dan rantau, tambah kenyataan tersebut.



Sementara itu, Encik Iswaran berkata meskipun Terminal 1 dan 3 telah menjadi tunggak operasi sepanjang pandemik dan akan terus menjadi saluran utama bagi menguruskan aliran pengumpang, Lapangan Terbang Changi juga sedang bersiap bagi fasa seterusnya.



Ini bermakna Terminal 2 akan dibuka secara beransur-ansur sepanjang tahun ini, lantas membantu dalam meningkatkan keupayaan lapangan terbang itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >