Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha bantu bekas banduan kekal bebas boleh dipertingkat

Josephine: Kadar kebentanan harus diperbaiki
Jul 14, 2021 | 05:30 AM



USAHA membantu bekas banduan kekal lebih lama di luar penjara selepas dibebaskan boleh dipertingkat, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Cik Josephine Teo.



Beliau berkata sekitar empat daripada 10 bekas pesalah dipenjarakan semula dalam tempoh lima tahun selepas dibebaskan dan kadar kebentanan ini harus diperbaiki.



Sebagai perbandingan, kadar kebentanan bekas banduan dalam dua tahun pertama selepas dibebaskan adalah 22.1 peratus pada 2018 - yang paling rendah dalam lebih tiga dekad.



Cik Teo berkata rangkaian sokongan dalam masyarakat telah membantu mengurangkan kebentanan bagi tempoh lebih pendek itu dan menggesa sokongan serupa dan yang diperluas bagi membantu bantuan mengelak dipenjarakan semula bagi tempoh lebih lama.



Ini termasuk menjalin hubungan antara Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (CARE Network) dengan rakan kongsi baru dalam masyarakat, kata Cik Teo.



Menambah, beliau berkata pandemik ini telah menambah cabaran dalam usaha memberi sokongan kepada bekas banduan dan keluarga mereka, tetapi cabaran selanjutnya adalah memastikan mereka tidak masuk semula ke penjara selepas dibebaskan.



"Kita boleh dan perlu lakukan dengan lebih baik untuk membantu bekas banduan agar mereka terus bebas daripada jenayah bagi tempoh yang lebih lama selepas keluar dari penjara," kata Cik Teo dalam ucapannya semalam, membuka tirai Sidang Puncak CARE Network.



Acara tiga hari yang diadakan sempena ulang tahun ke-21 Care Network, itu dihadiri secara maya oleh sekitar 500 peserta, termasuk mahasiswa dan ahli fakulti universiti tempatan.



Antara lain, mereka akan membincangkan topik seperti pekerjaan bagi bekas pesalah dan sokongan bagi keluarga mereka dan sokongan terkhusus bagi kumpulan bekas pesalah yang berbeza mengikut usia dan tentang kesihatan mental mereka.



Dalam ucapannya, Cik Teo berkata Care Network telah menjalani semakan pada 2019 dan mengenal pasti dua strategi untuk mencapai matlamat mengurangkan kadar kebentangan lima tahun, iaitu mempertingkat keupayaan dan kapasiti agensi dan individu dalam rangkaian itu dan memperkukuh sokongan berterusan bagi banduan semasa dalam penjara dan selepas mereka dibebaskan.



Sebagai contoh, sebuah rangka kerja telah diperkenalkan pada April tahun lalu yang menyediakan kursus latihan bagi karyawan sektor ini seperti pekerja sosial, pengendali kes dan relawan untuk memberi mereka lebih banyak sumber bagi menyokongi klien mereka.



Bagi usaha membantu bekas banduan menyertai semula masyarakat, dua kumpulan kegiatan bersama Break the Cycle SG dan kumpulan seni Canvas Arts dilancarkan Januari lalu oleh Persatuan Syarikat Kerjasama Perusahaan dan Perkhidmatan (ISCOS) dan Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA).



Februari lalu, dermasiswa bagi menyokongi pendidikan lanjut banduan di dalam penjara diperkenalkan di bawah kerjasama Dana Reben Kuning Singapura (YRF) dengan Persekutuan Persatuan Suku Kaum Cina Singapura (SFCCA) Ia membiayai 100 peratus yuran kursus pendidikan posmenengah.



Menurut Cik Teo, sehingga April lalu, dermasiswa itu telah menyokong 11 banduan. Beliau berkata menjalin hubungan antara Care Network dengan rakan kongsi baru seperti SFCCA boleh mendatangkan kesan yang mendalam dan penting dalam hidup pesalah dan keluarga mereka.



Sejak ditubuhkan pada 2000, CARE Network telah menjalin hubungan dengan lebih 100 rakan kongsi dalam masyarakat, termasuk pertubuhan karyawan Melayu AMP dan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) yang ditubuhkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 2018 untuk menyediakan sokongan berterusan bagi pesalah dan bekas pesalah serta keluarga mereka menerusi program pendidikan agama, kekeluargaan bantuan kewangan dan dampingan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >