Pekerja gaji rendah - pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan - menikmati kenaikan gaji hasil semakan yang diusahakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC). Semakan gaji bagi pekerja sektor landskap sedang diusahakan. Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Zainal Sapari, memberi pencerahan tentang usaha melibatkan Jawatankuasa Tiga Pihak (Tripartite) menyemak gaji sektor penyumberan luar itu. SUHAIMI MOHSEN (suhaimi@sph.com.sg) melaporkan.
KEGAGALAN pasaran - gaji tidak memadai berbanding tugas yang diberi - mendorong Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mengambil inisiatif membetulkan keadaan bagi pekerja gaji rendah.