Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha bantu penjaja guna wadah penghantaran, digital

Pemerintah akan tubuh perikatan bersama rakan industri, relawan bagi bantu penjaja
Jun 16, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menubuhkan perikatan dengan rakan industri dan sukarelawan masyarakat untuk membantu penjaja beralih kepada wadah penghantaran makanan dalam talian serta mendigitalkan perniagaan mereka.



Memandangkan masalah yang dihadapi penjaja bukan bersifat jangka pendek, pasukan petugas ini merancang menyatukan sukarelawan bersemangat untuk mengkaji masalah itu dan melihat cara membantu penjaja mengatasinya.



Bercakap kepada media semasa lawatannya ke Pasar Tiong Bahru semalam, Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, melahirkan perasaan gembira melihat ramai dalam masyarakat tampil menyokong penjaja.



Namun, masih banyak perlu dilakukan untuk membantu perniagaan-perniagaan itu bertahan walaupun selepas pandemik Covid-19 berakhir.



Menurutnya, antara isu yang dialami penjaja dalam tempoh ini termasuk lebih ramai pelanggan mendapatkan makanan mereka daripada wadah penghantaran makan dan lebih ramai orang memilih memasak di rumah.



"Dalam tempoh Covid-19 ini - bukan semasa tempoh pemutus litar sahaja, bahkan ketika tempoh sekatan dipertingkat, ramai penjaja mengalami kemerosotan ketara dalam pendapatan dan perniagaan harian mereka.



"Bahkan sebelum Covid-19, trend digitalisasi, pesanan elektronik dan penghantaran telah wujud dan ia telah dipercepat kerana Covid-19.



"Ramai penjaja sangat risau - setelah mereka keluar daripada pandemik ini, apakah ia akan menjejas model perniagaan mereka atau bagaimana ia akan mempengaruhi cara mereka menjual makanan penjaja pada harga tertentu.



"Ini adalah antara isu yang kami sedang kaji," kata Encik Tan.



Beliau disertai Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, dalam lawatan itu.



Encik Tan juga berkata pelancaran Program Transformasi Digital bagi Penjaja Februari lalu telah banyak membantu penjaja beralih ke wadah digital.



Sebanyak 60 peratus penjaja sekarang menawarkan khidmat pembayaran elektronik dan pembayaran kod QR.



Encik Tan berkata program seperti itu bertujuan memberi nilai tambahan atau tawaran dengan pilihan penghantaran, dan sebahagian daripada mereka membuat pilihan atas alasan yang baik.



Namun, ada yang juga memilih tidak beralih ke dalam talian kerana tidak mempunyai kakitangan mencukupi, kata Encik Tan.



Walaupun terdapat beberapa cabaran bagi penjaja beralih ke dalam talian, Encik Tan berkata dengan membawa mereka ke dalam perbincangan, pasukan perikatan itu dapat memikirkan huraian jangka panjang untuk pelbagai pihak.



"Itulah rancangan perikatan ini, di mana semua orang berasa bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dalam hal ini, dan semua orang akan datang dan bekerjasama.



"Mereka (penjaja) mempunyai pengalaman selama 30 tahun, 40 tahun.



"Inilah yang kami makan selama beberapa generasi, dan mereka sangat bangga dengan kerjaya mereka, dan mereka mahu terus melakukannya, jadi saya menggalak semua rakyat Singapura menyokong penjaja kita yang merupakan sebahagian daripada budaya Singapura - baik datang secara fizikal untuk membawa pulang mahupun melalui wadah penghantaran makanan, tolong sokong mereka," seru Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >