Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha bantu PMET kekal relevan

Jawatankuasa Dekati PMET gunakan pendekatan tiga serampang persiap pekerja hadapi ekonomi baru
Mar 25, 2018 | 05:30 AM



HAMPIR 1,000 golongan Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET) menghadiri pesta kerjaya dan sesi perbincangan yang diusahakan oleh Jawatankuasa Mendekati (PMET) dan lebih 100 telah berjaya mendapat pekerjaan.



Beberapa kegiatan serupa akan terus dianjurkan bagi membantu PMET menghadapi landskap ekonomi yang berubah, supaya relevan dan kekal bekerja atau bertukar kerjaya.



Jawatankuasa yang diterajui bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, membantu golongan PMET dengan menjalankan pelbagai program menerusi Mendaki Sense.



Berkongsi usaha yang dijalankan, pengerusi bersama itu berkata masyarakat umumnya memberi sambuan positif dan sedar tentang perlunya mempersiap diri menghadapi perubahan.



Mengimbas pembentukan jawatankuasa itu, Dr Faishal berkata ia dibentuk kerana keprihatinan terhadap golongan PMET yang terjejas, memastikan mereka sedar perubahan yang berlaku dan mahu mereka menyahut usaha yang dijalankan.



Jawatankuasa itu telah mengadakan beberapa sesi menjalin rangkaian menemui golongan berkenaan dan menjelaskan apa yang disediakan. Antaranya ialah sesi sembang petang dan pesta kerjaya di OneKM dan Secangkir Kopi Bersama Mendaki di Perpustakaan Negara.



"Kami perkenalkan program kepada PMET dengan pendekatan tiga serampang - luaskan kontek, pertingkat kemahiran dan semarakkan kerjaya," kata Dr Faishal.



Menurutnya, daripada sekitar 940 PMET yang hadir, 753 dibantu dalam khidmat pemadanan kerja; 109 (14 peratus) berjaya mendapat kerja dan 450 (59 peratus) mengikuti kursus latihan di Mendaki Sense.



Jawatankuasa itu telah juga melancarkan buku panduan bagi PMET, Handy Guidebook For PMETs, membentangkan maklumat dan peluang, di Perpustakaan Negara, dan mengedarkan sekitar 300 buku itu di Masjid Sultan.



"Maklum balas yang diterima adalah baik. Ada yang tidak memerlukannya tetapi berkata mereka akan kongsi dengan keluarga dan kenalan," kata Dr Faishal.



Baru-baru ini jawatankuasa itu menganjurkan sesi menjalin rangkaian yang dinamakan Speed Date My Profession di Nee Soon East CC.



"Kami akui ia bukan proses mudah. Maka itu kami memberitahu mereka supaya kembara bersama kami meningkat diri dengan sasaran akhirnya ialah mendapat pekerjaan.



"Kami tidak sekadar mahu membantu PMET mendapat pekerja, tetapi mahu mereka kekal relevan, tahu program dan skim yang ada jika mereka ingin bertukar kerjaya," kata Dr Faishal.



Beliau akur bahawa ada yang sukar mendapat kerja kerana beberapa isu seperti kurang persediaan, penampilan diri, sikap dan tidak mengikut panduan yang diberi oleh pembimbing pekerjaan.



Menurut perangkaan, terdapat sejumlah 234,800 pekerja Melayu pada 2015.



Encik Amrin berkata, berdasarkan perangkaan, satu daripada tiga pekerja Melayu dalam 2017 merupakan PMET.



Sebanyak 67 peratus daripada yang diberhentikan berusia 40-an tahun ke atas - 37 peratus berusia 40-an tahun dan 30 peratus dalam usia 50-an tahun - daripada pelbagai industri seperti perkhidmatan, kewangan dan khidmat profesional.



Pengerusi bersama itu akur memadankan pekerjaan bukan proses mudah kerana majikan ada keperluan dan jangkaan sendiri, begitu juga pekerja.



"Ia bukan sahaja soal memenuhi kelayakan, ia juga mengenai kebolehan, sikap, kesesuaian dan profil tertentu.



"Pesta kerjaya dan sesi menjalin rangkaian menawarkan peluang kepada PMET untuk kembara memenuhi proses pemadanan.



"Jika anda tidak datang, proses itu tidak akan bermula atau anda mengehadkan kemungkinan proses dan peluang itu.



"Maka itu, permulaan dan jangkaan mesti betul," kata Dr Faishal.



Menurutnya, ada majikan datang dan menyatakan mereka perlukan pekerjaan tetapi tidak ramai yang akhirnya dapat kerja kerana majikan tidak mendapat pekerja dengan profil yang diperlukan.



Maka itu, adalah penting bukan sahaja bagi majikan melihat profil dan membuat penyesuaian, pekerja juga perlu melihat bagaimana mereka dapat memenuhi keperluan profil yang diinginkan.



Menurutnya, 14 peratus pekerja yang telah berjaya dibantu adalah peratusan yang agak baik, tetapi jawatankuasa itu mahu melakukan lebih lagi, mahu mengundang lebih ramai PMET tampil, terutama mereka yang belum berjaya mendapat kerja.



Usaha itu bukan sahaja mengenai perkara yang berlaku hari ini tetapi adalah mengenai masa depan.



Jawatankuasa itu mahu mendapatkan lebih ramai Melayu dalam pergerakan kemahiran masa depan - sama ada yang menganggur, sedang menanti pekerjaan atau sudah bekerja.



"Mari teroka dan jangan menyerah. Ikut apa yang pembimbing kerjaya anjurkan dan anda boleh mulakan kembara ini.



"Kami mahu kita semua kembara bersama Singapura dan tidak mahu ada yang tertinggal.



"Masyarakat Melayu harus merebut peluang yang terbentang," kata Dr Faishal.




"Mari teroka, dan jangan menyerah... Kami mahu kembara bersama Singapura dan tidak mahu anda tertinggal. Masyarakat Melayu harus meraih peluang yang terbentang."
- Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim, pengerusi bersama Jawatankuasa Dekati PMET.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >