Berita Harian telah menganjurkan sesi perbincangan meja bundar Pos-Belanjawan Berita Harian (BH). Panel disertai pakar ekonomi yang juga Anggota Parlimen (AP), Encik Saktiandi Supaat; AP yang juga Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Kongres Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari; penolong pekerja sosial kanan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Saleha Rashidi; dan usahawan serta pemilik salun rambut, Cik Nurashikin Jasni. Mereka membincangkan inisiatif dan sokongan yang diumumkan semasa Belanjawan 2018. Belanjawan tahun ini memberi tumpuan pada empat tema - ekonomi yang berinovasi dan bersemangat; bandar kediaman yang selesa, bijak dan hijau; masyarakat yang prihatin dan bersepadu; dan masa hadapan dengan Belanjawan yang berkelanjutan dan terjamin. Berikut BH mengongsi pandangan anggota panel tentang sokongan buat perniagaan dan pekerja dalam bahagian kedua siri sesi perbincangan pos-Belanjawan tersebut. Laporan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg) dan SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg).
INISIATIF-inisiatif yang diperkenalkan dalam belanjawan baru-baru ini menjurus kepada usaha membangun serta memperkukuh syarikat setempat.