Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha berterusan perlu bagi tangani isu perkauman

Shanmugam: Antara usaha termasuk perkenal dua undang-undang yang baru diumumkan
Sep 05, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN Singapura telah mencapai kemajuan baik dalam isu kaum sejak lebih 50 tahun lalu, usaha memupuk hubungan lebih baik masih lagi berterusan, dengan isu perkauman tetap wujud dalam masyarakat.



Disebabkan itu, ia perlu ditangani dan hubungan antara kaum perlu dipereratkan sedang Singapura terus maju ke hadapan, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, di majlis pelancaran program perintis SG CORE oleh badan kemanusiaan antara agama Humanity Matters, semalam.



Program yang disokong Yayasan Temasek dan dilancarkan di Auditorium Kementerian Pembangunan Negara (MND) itu merupakan satu daya usaha masyarakat bertujuan meningkatkan teras warga Singapura - yakni semangat dan warisan kaum yang berbilang budaya serta memperkukuh rasa keselamatan dan sosialnya antara mereka.



"Singapura merupakan salah satu daripada segelintir contoh masyarakat yang berbilang bangsa yang secara umumnya stabil dan aman di dunia.



"Namun, kita tidak boleh berkata usaha ini sudah selesai dan isu perkauman tidak wujud... tiada isu kaum," ujar Encik Shanmugam.



Sebagai contoh, tinjauan Institut Pengajian Dasar (IPS) dan OnePeople.sg (OPSG) pada 2019 mendapati kira-kira sepertiga responden Melayu dan India merasa diskriminasi "kadang-kadang berlaku" di tempat kerja.



Sementara itu, 10 peratus responden Cina pula merasa diskriminasi di tempat kerja.



"Saya pasti pengalaman dalam keadaan kasual, konteks sosial dan konteks kejiranan juga serupa.



"Ini merupakan isu yang perlu kita tangani seterusnya sedang kita maju ke hadapan," ujar Encik Shanmugam.



Antara usaha menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum di sini adalah dengan mewujudkan dua undang-undang baru yang telah diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) minggu lalu.



Beliau telah mengumumkan untuk menetapkan garis panduan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) berhubung isu diskriminasi di tempat kerja dalam undang-undang. Ini termasuk se barang bentuk diskriminasi di tempat kerja - baik berdasarkan usia, bangsa, jantina, agama mahupun keupayaan.



Encik Lee turut mengumumkan Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum yang akan diusul dalam usaha mengekalkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di sini.



Undang-undang yang akan diperkenal Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) itu akan menyatukan semua undang-undang berbeza berhubung isu kaum.



"Kami juga akan memperkenal langkah tambahan dan sekatan baru.



"Berhubung langkah sekatan, kita harus berhati-hati kerana kita tidak mahu membawa interaksi harian di pasar, pusat penjaja atau dalam lif ke mahkamah dan kemudian mengenakan mereka hukuman penjara atau denda, atau menganggap mereka sebagai penjenayah," ujar Encik Shanmugam sambil menambah ini boleh memburukkan lagi keadaan.



Oleh itu, beliau berkata usaha perlu dijalankan untuk meninjau satu rangka kerja tindakan tidak punitif yang akan membentuk kelakuan, termasuk kelakuan dan norma sosial.



Tambahnya, mereka akan bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan agensi lain untuk antara lain meninjau tindakan yang boleh diambil sekiranya seseorang melanggar norma itu seperti mengarahkan khidmat masyarakat dalam masyarakat yang direndahkan individu itu.



"Ini mungkin akan membantu dengan pemahaman lebih baik tanpa bersifat punitif, rekod jenayah dan memalukan orang. Tumpuannya adalah supaya orang ramai dapat memahami satu sama lain dengan lebih baik. Tanpa sokongan masyarakat, undang-undang ini tidak bermakna," ujar Encik Shanmugam.



Tambahnya, usaha terus membina konsensus sosial ini memerlukan semua pihak termasuk pemerintah, masyarakat, individu, agensi, badan bukan pemerintah, badan masyarakat dan pemimpin masyarakat memainkan peranan. Dan usaha seperti program perintis SG CORE yang dilancarkan semalam penting bagi memupuk dan memelihara teras Singapura yang berbilang kaum serta memelihara keharmonian kaum di sini, kata Encik Shanmugam.




"Singapura merupakan salah satu daripada segelintir contoh masyarakat yang berbilang bangsa yang secara umumnya stabil dan aman di dunia. Namun, kita tidak boleh berkata usaha ini sudah selesai dan isu perkauman tidak wujud... tiada isu kaum."
- Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.




Laporan lanjut:  SG CORE sasar tiga bidang tumpuan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >