Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Manfaatkan podcast BH bagi pembelajaran bahasa Melayu

May 31, 2023 | 01:53 PM



BELAJAR tentang penghasilan podcast Berita Harian, #NoTapis, dan mencubanya untuk dijadikan idea bagi melibatkan pelajar dalam bilik darjah dalam pembelajaran Bahasa Melayu.


Itulah peluang yang dimanfaatkan 20 guru Bahasa Melayu sekolah menengah dalam satu sesi mencuba peralatan #NoTapis anjuran Berita Harian pada Isnin.


“Sesi ini amat bermanfaat kerana saya diperkenalkan kepada wadah tambahan, iaitu podcast, untuk mengajar dan membina keyakinan para pelajar,” kata Encik Mohammed Farhan Taib, seorang guru di Sekolah Katolik Hai Sing.

Sesi tersebut juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas para guru tentang akhbar pelajar yang dikeluarkan Berita Harian, Gen G, dan penggunaanya dalam bilik darjah.


Ia antara usaha Berita Harian untuk mempertingkat mutu terbitannya dan memahami pembacanya.


Guru-guru juga berkongsi cara penggunaan Gen G sebagai bahan pembelajaran tambahan kepada buku teks sedia ada.


Seorang guru kanan Institusi Raffles (RI), Encik Sazali Sahri, juga berkongsi, cara menerapkan bahan Berita Harian dan Gen G ke dalam pembelajaran dalam bilik darjah sebagai pembuka bicara pembelajaran.


Antara lain, dua akhbar itu boleh digunakan dalam aktiviti bilik darjah seperti puisi gelap, iaitu aktiviti menggelapkan perkataan-perkataan dalam sesebuah artikel untuk menghasilkan puisi, serta dalam penjanaan idea yang dapat membantu pelajar semasa penulisan karangan ekspositori, iaitu karangan bagi menjelaskan sesuatu topik atau konsep. 

Guru-guru lain pula berkongsi cara dua akhbar itu dapat digunakan dalam pembelajaran dari rumah (HBL) sebagai bahan tambahan serta melatih kemahiran ringkasan pelajar.

Perkongsian sebegitu merupakan satu kerjasama antara para guru untuk memastikan pengajaran mereka dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar mereka.

“Saya menghargai sesi ini kerana ia memberi saya peluang memahami podcast agar dapat digunakan dalam penyampaian lisan pelajar. Ini merupakan cara baik untuk menguji dan membina kebolehan mereka,” kata Cik Zakiah Muhamad, seorang guru Sekolah Victoria.

Berita Harian berharap kerjasama begini bermanfaat bagi guru dan pembelajaran pelajar melalui penghasilan akhbar Gen G yang lebih khusus dan peka akan keperluan pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >