Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha cari 2 pendayung kayak yang hilang di M'sia diperluas

Aug 12, 2019 | 05:54 PM



MERSING: Pihak berkuasa Malaysia memperluas kawasan pencarian sehingga seganda hari ini (12 Ogos) dalam operasi mencari dua pendayung kayak warga Singapura, empat hari selepas mereka kali terakhir dilihat.



Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MMEA) berkata kawasan pencarian itu akan diperluas sehingga 900 batu nautika persegi antara bahagian utara pulau Seri Buat dengan bahagian barat laut pulau Tioman di Pahang.



Semalam, kawasan pencarian itu meliputi kawasan sebesar 500 batu nautika persegi di tempat yang sama.





Semasa satu sidang media di Jeti Penyabong di Mersing, MMEA turut berkata mereka telah memaklumkan kepada nelayan dan kapal komersial untuk turut mencari pendayung kayak yang hilang itu, Cik Puah Geok Tin, 57 tahun dan Encik Mr Tan Eng Soon, 62 tahun, lapor akhbar The Straits Times.



Seramai 104 pegawai terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat hari ini.



Cik Puah dan Encik Tan terpisah daripada anggota kumpulan mereka yang lain di perairan Endau di Mersing, Johor pada hari sebelum Hari Kebangsaan, atau 8 Ogos lalu, selepas mengalami angin kuat dan laut berombak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >