Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha cari dan menyelamat semasa gempa: SCDF terima anugerah dari Turkey

Apr 27, 2023 | 05:30 AM



PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menerima anugerah dari Turkey atas usaha mencari dan menyelamatnya berikutan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud pada Februari lalu.



Pada Selasa, SCDF dianugerahkan Pingat Penghargaan oleh Naib Presiden Turkey Encik Fuat Oktay, menurut SCDF dalam satu catatan di Facebook.



Mewakili SCDF menerima anugerah di Ankara, Turkey adalah LTC Lok Wee Keong, Komander DART.



Melahirkan penghargaan menerima pengiktirafan tersebut, Pesuruhjaya SCDF Encik Eric Yap berkata:



"Pingat ini mengiktiraf usaha mencari dan menyelamat oleh Kontinjen Operasi Lionheart SCDF yang telah dikerahkan ke Turkey pada Februari tahun ini sebagai sebahagian daripada bantuan kemanusiaan dan usaha bantuan bencana Singapura.



"SCDF menghargai persahabatan dan ikatan yang terjalin dengan rakan sejawat Turkey kami.



"Penduduk Turkey telah menunjukkan daya tahan dan ketabahan yang mengagumkan, dan kami yakin mereka akan muncul lebih kuat apabila mereka membina semula kehidupan dan kediaman mereka," kata Encik Yap. Pada Februari 2023, sekumpulan 68 anggota SCDF telah membantu operasi menyelamat di Turkey selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda wilayah itu pada 6 Februari.



Misi itu, yang dipanggil Operasi Lionheart, bermula pada 8 Februari apabila SCDF menghantar sekumpulan 20 pegawai yang dilengkapi dengan peralatan mudah alih mencari dan menyelamat di bandar (Usar), peranti pengesan nyawa dan skop optik gentian ke Turkey.



Pasukan kedua, terdiri daripada 48 pegawai dan empat anjing dari unit K-9 SCDF, dengan peralatan tambahan, bekalan perubatan dan alat sokongan komunikasi dan logistik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >