Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha cari penyedia khidmat pelanggan terbaik S'pura bermula

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



MENYEDIAKAN perkhidmatan pelanggan yang cemerlang benar-benar boleh membuat perubahan, sama ada sebagai perniagaan di premis fizikal ataupun e-dagang, kata firma penyelidikan Statista.



Dari 8 Mac hingga 14 April, akhbar The Straits Times (ST) dan firma Statista yang berpangkalan di Jerman sedang mencari firma yang menyediakan perkhidmatan pelanggan terbaik di Singapura.



Tinjauan itu menjemput pelanggan berkongsi pandangan mereka tentang penyedia perkhidmatan pelanggan terbaik di sini.



Merangkumi kategori daripada peruncit pakaian fizikal kepada restoran, juga perkhidmatan kecantikan dan kesihatan, serta perkhidmatan dalam talian dan produk digital, senarai syarikat yang layak adalah hasil penyelidikan menyeluruh oleh Statista mengenai seluruh sektor yang menjadi titik sentuhan bagi perkhidmatan pelanggan.



Bagi melayakkan diri dalam penilaian sebagai sebahagian daripada tinjauan ini, syarikat harus mempunyai pelanggan yang membeli produk, menggunakan perkhidmatan mereka atau menyelidik maklumat mengenai syarikat tersebut dalam tempoh tiga tahun lalu, lapor akhbar ST.



Bagi setiap kategori, jenama paling relevan disertakan mengikut faktor seperti reputasi, bilangan kedai yang ada di sini dan keupayaan membuat pesanan di Singapura.



"Semasa pandemik, industri runcit sangat terjejas, terutamanya kedai-kedai fizikal... jadi untuk kembali berniaga, perkhidmatan pelanggan telah terbukti menjadi faktor penentu," kata Cik Jana Meusel, penganalisis kanan di Statista.



Statista menyatakan bahawa perkhidmatan pelanggan boleh disediakan dalam beberapa cara, sama ada melalui pelanggan yang menghubungi talian hotline, mencari tapak web syarikat dalam talian atau menghubungi kakitangan di kedai.



"Menurut Tinjauan Pengguna Global Statista 2021, hampir satu pertiga daripada pelanggan di Singapura berkata mereka dengan senang hati membayar perkhidmatan yang memudahkan keadaan mereka... perkhidmatan pelanggan yang lemah adalah pemacu yang relevan bagi pelanggan berhenti menjalankan perniagaan, manakala perkhidmatan yang baik dapat menjual," kata Cik Meusel.



Perkhidmatan berserta hubungan peribadi lebih disukai oleh kira-kira 30 peratus pelanggan di sini, tambahnya.



"Ini menunjukkan bahawa hubungan peribadi masih menjadi faktor penting, walaupun memandangkan zaman wabak yang didorong secara digital," katanya.



Editor Singapura ST, Encik Zakir Hussain, berkata:



"Perkhidmatan pelanggan ialah satu bahagian dengan pembaca menghubungi kami, bukan sahaja mahu mengadu tentang perkhidmatan yang kurang baik, bahkan berhasrat memuji perkhidmatan yang cemerlang. Tinjauan ini membantu mengenali syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang cemerlang, yang boleh memberi perniagaan kelebihan di tengah-tengah landskap pasca-Covid-19 yang lebih mencabar."



Ini adalah edisi pertama tinjauan itu dan keputusannya akan diterbitkan dalam akhbar ST akhir tahun ini.



Mereka yang ingin menyertai tinjauan boleh melayari https://survey.statista-research.com/292892?lang=en selewat-lewatnya pada 14 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >