Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha dekati lebih ramai belia menerusi projek mentor M3

Lebih 4,200 belia raih manfaat program mentor di bawah Bidang Tumpuan Ketiga M³
Jan 24, 2023 | 05:30 AM



USAHA yang dijalankan M Kuasa Tiga (M3) untuk memperkasa pelajar dan program bimbingan belia menerusi Bidang Tumpuan Ketiga M³ (FA3) mula menampakkan hasil kukuh.



Program FA3 yang antara lain membantu golongan belia mencapai potensi mereka dan menyumbang kembali kepada masyarakat telah dimanfaatkan ramai golongan muda.



Antara belia yang meraih manfaat ialah Cik Mahirah Mohamad Kamal, 17 tahun yang menyertai salah satu program mentor FA3 sebagai menti menerusi program #amPowered@Marsiling-Yew Tee.



Cik Mahirah merupakan antara lebih 4,200 belia yang meraih manfaat daripada program itu sejak 2019.



Sejak itu, sebanyak 1,300 mentor dari Pejabat Pementoran Belia M³ (YMO) telah membantu lebih 4,200 belia dalam mengharungi cabaran sedia ada dan mempersiap mereka bagi cabaran masa depan.



Usaha itu juga menyaksikan lebih 300 belia dihubungkan kepada lebih 1,600 menti tahun lalu.



Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, menerajui FA3 di bawah inisiatif M3 itu.



Cik Rahayu menekankan pentingnya ekosistem pementoran yang diperkukuh. Ini bagi memanfaatkan sumber masyarakat untuk membimbing belia mengharungi cabaran dunia pascapandemik.



Program #amPowered@M3Towns pula merupakan sebahagian daripada usaha yang dijalankan M3 untuk memperkasa pelajar dan program bimbingan belia merupakan langkah pertama intervensi tersebut. Ini disusuli dengan langkah mengenal pasti bantuan yang diperlukan belia dan keluarga mereka demi menyediakan sokongan yang lebih menyeluruh.



Bagi Cik Mahirah yang menyertai #amPowered@M3Towns beberapa bulan sebelum menduduki peperiksaan GCE peringkat 'N', Cik Mahirah masih tidak dapat menumpukan perhatian di kelas.



Dengan bantuan mentor yang dipadankan dengannya, Cik Syerifah Munawwarah Ibrahim Alsagoff, Cik Mahirah dapat membina keyakinan diri untuk tidak mengendahkan gangguan rakan sekelasnya itu dan memberi tumpuan kepada persiapannya untuk menghadapi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'N'.



Beliau kini melanjutkan pelajarannya ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat dalam bidang Pastri dan Membakar Kuih, bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi cef pastri.



Selain sokongan dari segi pelajaran, hubungan rapat yang terjalin dengan mentornya turut membantu beliau membina keyakinan diri dan untuk berfikir dengan lebih matang.



"Tanpa bimbingan dan motivasi dari beliau, saya rasa saya akan berputus asa dalam pelajaran dan keliru dan bingung apa yang nak dilakukan atau laluan yang ingin saya ambil selepas tamat sekolah menengah. Pada pendapat saya, kehadiran mentor seperti beliau penting bagi membimbing belia lain seperti saya untuk membina keyakinan diri dan juga mendorong mereka memberikan tumpuan kepada pelajaran di sekolah," kata Cik Mahirah.



Peranan yang dimainkan Cik Syerifah, 26 tahun, sebagai mentor serta dedikasinya untuk membantu - meskipun perlu mengimbangi tanggungjawab lain, mencetus inspirasi dalam diri Cik Mahirah untuk turut menyumbang sebagai mentor kepada belia pada masa akan datang.



Cik Syerifah turut menyampaikan harapannya agar pementoran ini dijadikan perkara yang biasa dalam masyarakat dan lebih ramai mentor dalam kalangan masyarakat Melayu Islam dapat menyumbang kembali menerusi program yang diadakan di bawah M3.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >