Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Usaha diambil bagi pertingkat keselamatan pekerja penghantaran

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) sedang bekerjasama dengan platform dan syarikat penghantaran untuk menyemak proses kerja demi mempertingkat keselamatan pekerja platform penghantaran di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Ini membina usaha sedia ada oleh Majlis WSH untuk membimbing amalan keselamatan jalan raya industri bagi syarikat, seperti melalui surat untuk menekankan tanggungjawab keselamatan mereka.



Butiran lanjut mengenai semakan proses kerja itu akan dikongsi kelak, kata Dr Tan.



"Meskipun syarikat platform mungkin mahu memberi insentif kepada pekerja platform untuk melakukan lebih banyak tugas dalam tempoh masa terhad, ini tidak harus menjejas keselamatan dan kesihatan, terutama disebabkan risiko yang wujud semasa di jalan raya," kata beliau.



Dr Tan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen oleh Encik Leon Perera (GRC Aljunied) kelmarin, yang bertanya apakah pemerintah akan mempertimbang mengawal selia syarikat platform demi memastikan pekerja gig dan platform tidak mengambil risiko berlebihan untuk memenuhi pesanan, seperti mengambil terlalu banyak pesanan atau bekerja semasa cuaca berbahaya.



Beliau juga bertanya apakah pemerintah akan mengkaji kecerdasan buatan (AI) dan algoritma syarikat platform.



Dr Tan berkata Jawatankuasa Penasihat mengenai Pekerja Platform juga sedang meneliti usaha memperkukuh perlindungan bagi pekerja platform, termasuk pampasan kewangan jika berlaku kecederaan semasa bekerja.



"Usaha sedang dijalankan dan dijangka selesai sebelum akhir 2022," kata Dr Tan.



Beliau menambah bahawa sebuah Kumpulan Kerja Tiga Pihak juga telah dibentuk untuk menyarankan sebuah rangka kerja yang membolehkan pekerja platform diwakili secara rasmi, dan yang mengimbangi kepentingan pekerja dengan syarikat.



Dr Tan berkata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan menilai dan menyemak kesan kolektif usaha yang dijalankan ke atas keselamatan dan kesihatan pekerja platform apabila ia dilaksana, dan mempertimbang langkah lanjut jika perlu.



Berhubung saranan mengawal selia insentif dan algoritma syarikat platform, Dr Tan berkata perkara itu rumit dan mereka perlu berhati-hati tentang mengawal selia syarikat.



"Seperti yang telah saya terangkan, kami telah menggerakkan pelbagai proses tiga pihak dan harus membolehkan rakan tiga pihak menyelesaikan isu keselamatan ini berbanding terus mengadakan peraturan dan berisiko menghadapi lebihan peraturan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >