Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

Usaha diganda luas peluang, perkukuh sokongan di tempat kerja

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



SEDANG Singapura menangani cabaran dalam pasaran pekerja ekoran kesan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik pascapandemik, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan menggandakan usaha untuk meluaskan peluang, perkukuhkan sokongan dan memupuk tempat kerja yang adil serta inklusif.



Ini termasuk melabur untuk merangsang gaji dan kemahiran pekerja bergaji rendah, dengan sehingga 9 dalam 10 pekerja itu meraih manfaat daripada Gaji Progresif (PW) menjelang Julai ini.



Bagi memastikan para pekerja mengambil tanggungjawab atas kerjaya mereka, satu ciri baru di portal pekerjaan, MyCareersFuture bernama CareersFinder akan dilancarkan.



Ini adalah antara pelan yang digariskan dalam Adendum (kenyataan tambahan) Ucapan Presiden, oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, pada Selasa.



"Sedang ekonomi kita berubah, MOM akan memperkasakan pekerja Singapura untuk mengambil tanggungjawab atas kerjaya mereka dan membaiki prospek dan daya ketahanan kerjaya mereka," kata Dr Tan.



Menurutnya, MOM telah melancarkan Peta Transformasi Pekerjaan untuk menyediakan maklumat bagaimana teknologi menjejas kerja mereka dan langkah proaktif boleh diambil untuk kekal berdaya saing di samping program pekerjaan kendalian Tenaga Kerja Singapura.



Satu lagi yang boleh dimanfaatkan pekerja setempat nanti ialah ciri baru di portal MyCareersFuture.



"Kami akan melancarkan CareersFinder, ciri baru di portal MyCareersFuture, untuk menolong pekerja merancang langkah kerjaya seterusnya menerusi data dan kecerdasan buatan.



"Bagi pekerja yang berdepan dengan masalah pekerjaan tidak sesuai, kami akan membantu mereka dalam pencarian kerja," ujar beliau.



Bagi menyokong mereka yang lebih cenderung dalam kerja amali, Dr Tan berkata kementerian itu akan bekerja rapat dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) untuk mengkaryawankan pekerjaan yang berkemahiran untuk menawarkan gaji lebih baik dan kemajuan kerjaya lebih jelas.



Ini bertujuan juga untuk menarik dan mengekalkan lebih ramai warga Singapura dalam pekerjaan sedemikian menerusi pakej gaji lebih menarik dan tangga kerjaya yang lebih jelas.



"Kami telah mencapai kemajuan dalam usaha merangsang imej dan tarikan pekerjaan berkemahiran yang berkaitan dengan 'jiwa' seperti kejururawatan dan pendidikan awal kanak-kanak.



"Kita harus melakukan yang serupa untuk sektor yang menekankan bidang kraf dan kepakaran dalam kemahiran," tekan Dr Tan.



Dalam adendum itu, Dr Tan akur perlunya untuk menghulurkan sokongan kepada majikan agar mereka dapat berkembang dan menjalani transformasi kerana hanya dengan syarikat yang mantap, ekonomi Singapura akan rancak dan menyajikan peluang pekerjaan yang baik.



Maka itu, bagi memastikan Singapura kekal terbuka kepada tenaga kerja asing, yang melengkapi warga tempatan, pemerintah akan memperkenalkan Rangka Kerja Penilaian Pelengkap (Compass) untuk permohonan pemohon Pas Pekerjaan (EP) baru mulai September nanti.



"Menerusi Compass, kami akan menggalak syarikat membina pasukan yang kukuh dan berpelbagai dengan warga Singapura dan pemegang EP berkemahiran bekerja bersama dan belajar daripada satu sama lain," terang Dr Tan.



Sementara itu, usaha memperkukuhkan sokongan kepada pekerja yang memerlukan turut mendapat perhatian.



Dalam hal ini, Dr Tan berkata banyak pelaburan akan dibuat untuk merangsang gaji dan kemahiran pekerja bergaji rendah serta menolong mereka maju dalam kerjaya.



"Menjelang Julai 2023, sehingga 9 dalam 10 pekerja bergaji rendah meraih manfaat daripada Gaji Progresif (PW).



"Kita juga merangsang skim Pendapatan Daya Kerja (WIS) untuk meningkatkan bayaran maksimum dan meluaskan liputannya kepada separuh juta pekerja bergaji rendah," jelas Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >