Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha dipergiat untuk rancakkan lagi Kampong Gelam: Faishal

Nov 20, 2021 | 12:40 PM



 



PEMERINTAH akan berganding bahu lebih rapat dengan pihak berkepentingan untuk memperkukuh lagi warisan dan budaya kawasan Kampong Glam.



Demikian menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga akur Covid-19 telah menjejas banyak perniagaan di kawasan itu.



“Kita mesti bekerjasama untuk muncul lebih kuat dan berdaya tahan daripada krisis ini.

“Pihak berkepentingan telah membincangkan beberapa idea, dan telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk merancakkan Kampong Glam. Tetapi lebih banyak yang boleh dilakukan,” kata Dr Faishal.



Katanya lagi, sebagai sebahagian daripada Perbincangan Bangkit Lebih Kukuh pada November tahun lalu, Pembangunan Semula Bandar (URA) telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan di Kampong Glam untuk meningkatkan lagi warisan dan budaya di kawasan itu, dan membantunya untuk berkembang maju.



Dr Faishal berkata dalam satu catatan di Facebook selepas mengunjungi kawasan itu pada Jumaat (19 Nov) bersama Encik Mohamed Patail daripada Persekutuan Kampong Gelam (KGA).



Mereka telah mengunjungi beberapa perniagaan di kawasan tersebut termasuk kedai buku Wardah Books, kedai minyak wangi Sifr Aromatics, serta kedai kain Silk Studio.



Dr Faishal juga telah menemui Encik Zaki Maarof dan pasukannya daripada One Kampong Gelam (OKG).



“Semua yang saya temui telah mengongsi hubungan mendalam mereka dengan kawasan itu, dan harapan mereka untuk memelihara warisan Kampong Glam.



“Saya juga tersentuh dengan semangat dan saranan baik mereka untuk memperkukuh jalinan masyarakat di kawasan itu.



“Saya berharap untuk terus mendekati KGA dan OKG, serta bercakap dengan lebih ramai pihak berkepentingan di Kampong Glam untuk melihat cara kita boleh bekerjasama untuk memperkukuh warisan dan identiti kawasan itu,” ujar Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >