Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha dokumentasi demi warisan, lestari tradisi

May 10, 2021 | 05:30 AM



USAHA menjalankan projek 'Khairat Kita' adalah untuk mendokumentasikan beberapa Pertubuhan Faedah Bersama Melayu/Islam terakhir yang memberikan bantuan dan pertolongan kepada keluarga ahli yang meninggal dunia.



Badan-badan khairat kematian Melayu/Islam ini adalah badan sukarelawan yang telah memimpin masyarakat berdasarkan tradisi berabad-abad iaitu prinsip tolong menolong.



Setiap ahli akan memberi sejumlah wang kecil untuk membina dana untuk memberi bantuan kepada ahli-ahli sekiranya berlaku musibah.



Badan khairat kematian Melayu/Islam adalah pengukuh masyarakat dan penjaga warisan budaya tidak ketara dalam masyarakat Muslim Singapura.



Dengan hanya kira-kira 20 pertubuhan sebegini yang tinggal, kemerosotan keanggotaan dan penuaan anggota jawatankuasa, masa depan kelihatan tidak menentu bagi badan-badan ini.



Hasil kutipan dari kempen ini akan disalurkan kepada kos penerbitan projek ini, termasuk penerbitan sebuah filem dokumentari yang memaparkan temuramah dengan pemimpin-pemimpin Pertubuhan Faedah Bersama terpilih dan pengkaji projek ini, dan sebuah buku (diterbitkan oleh Ethos Books) dengan kajian terperinci tentang badan khairat kematian terpilih di Singapura.



Orang ramai boleh menyumbangkan derma menerusi laman https://www.launchgood.com/campaign/khairat_kita#!/



Di laman tersebut, orang ramai boleh mendapatkan perincian lanjut tentang projek ini, selain menyalurkan derma secara dalam talian.



Bagi memudahkan orang ramai, terdapat beberapa nilai derma yang boleh dipilih untuk sumbangan: $10, $20, $25, $35, $45, $60 dan $250.



Kesemuanya menawarkan ganjaran setimpal sebagai tanda penghargaan kepada penderma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >