Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PARLIMEN

Usaha elak sentimen kebencian tidak boleh goyah: Alvin Tan

May 12, 2021 | 05:30 AM

USAHA mengelakkan sentimen kebencian dan memecahbelahkan perlu diteruskan dan tidak boleh goyah demi memastikan ia tidak berakar dalam masyarakat, kata Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan.

Beliau berkata sedang Singapura berusaha melindungi warganya daripada pandemik Covid-19, adalah lebih penting melindungi mereka daripada penularan kebencian dan xenofobia.

Dengan sikap perkauman yang didorong krisis kesihatan awam yang sedang berlaku, Singapura perlu mengambil pendirian tegas terhadap ucapan dan jenayah kebencian, sebagai sebuah masyarakat bersatu, dan tidak mengambil mudah akan keharmonian dan kedamaian yang dinikmati negara ini.

"Jenayah dan ucapan kebencian memecahbelahkan masyarakat dan mengancam keharmonian yang kita bersusah payah bangunkan dari satu generasi ke satu generasi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Cik Tin Pei Ling (MacPherson) mengenai respons masyarakat tempatan terhadap jenayah kebencian yang berlaku di luar negara dan sejauh mana Singapura bersedia dalam mengelakkan perkara sedemikian berlaku di sini.

Encik Tan menggariskan tiga cara yang telah diambil Singapura untuk mengelak jenayah dan ucapan kebencian, selain memperkukuh perpaduan dan meluaskan ruang bersama.

Menurutnya, negara tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menyemai kebencian dan mengancam keharmonian bangsa dan agama di sini.

Beliau turut menyebut insiden seorang wanita warga Singapura berbangsa India diserang di stesen MRT.

"Kita tidak terhindar daripada perasaan sedemikian, di mana warga bimbang tentang pekerjaan mereka, kesihatan dan keprihatinan terhadap peluang pekerjaan.

"Tetapi kita tidak boleh membiarkan (perasaan) sedemikian berakar di Singapura," kata beliau.


"Jenayah dan ucapan kebencian memecahbelahkan masyarakat dan mengancam keharmonian yang kita bersusah payah bangunkan dari satu generasi ke satu generasi."
- Encik Alvin Tan, Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3