Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha firma spa, urut tangani permintaan tertunggak

Oct 26, 2020 | 05:30 AM



SYARIKAT spa dan urut di sini melihat perniagaan semakin rancak - keadaan yang jauh berbeza daripada beberapa bulan lalu tatkala jualan mencecah sifar.



Apakan tidak, sejak langkah pemutus rantaian jangkitan (CB) berkuatkuasa pada 7 April lalu, semua spa dan rumah urut diarah tutup.



Namun, kini, perniagaan sedemikian melihat peningkatan, kata pemilik syarikat yang dihubungi.



Pengarah Urusan SpaJelita Pte Ltd, Cik Fadilah A Majid berkata perniagaan mereka berkurangan sejak permulaan penularan Covid-19 di sini pada Mac dan April.



"Bagi Mac sahaja, kami mengalami penurunan jualan sebanyak 50 peratus.



"Pelanggan menangguhkan janji temu mereka di spa kerana takut Covid dan juga terdapat nasihat untuk tinggal di rumah (ketika itu).



"Antara April hingga pertengahan Jun, jualan kami di bahagian spa dan rambut ialah sifar," dedah beliau.



Perniagaan asas SpaJelita, yang telah beroperasi selama 15 tahun, ialah spa dan salon rambut, dengan spa membentuk sumber pendapatan terbesar bagi syarikat tersebut.



"Sejak hujung Jun selepas dibenarkan beroperasi semula, bagi kedua-dua spa dan salon, kami melihat peningkatan dalam perniagaan sebanyak lebih 50 peratus bagi beberapa bulan lalu...kelegaan besar bagi kami," katanya.



Menurut beliau, terdapat "kemasukan ramai pelanggan secara tiba-tiba", disebabkan penutupan sempadan yang tidak membolehkan mereka ke Johor atau Batam untuk mendapatkan khidmat spa.



Malah, Cik Fadilah berkata dek peningkatan jumlah pelanggan itu, beliau kini perlu mendapatkan lebih ramai kakitangan.



Buat masa ini, beliau yang menggajikan 11 pekerja berkata:



"Kami perlu tambah kakitangan untuk melayani lebih ramai pelanggan, tetapi untuk mendapatkan warga setempat untuk bekerja dalam industri ini merupakan cabaran besar kerana kebanyakan mereka tidak mahu bekerja pada hujung minggu dan lebih suka pengaturan fleksibel."



Seorang lagi peniaga, Cik Zubaeda C Hassan, yang memiliki Citra Ayu Beauty & Spa, berkongsi bahawa perniagaannya meningkat sekitar 30 peratus sejak mereka dibenarkan buka semula.



Spa dan rumah urut dibenarkan beroperasi semula pada Fasa Kedua pembukaan semula ekonomi iaitu pada 19 Jun lalu.



Terletak di Bedok North Street 3, Citra Ayu Beauty & Spa turut mempunyai ramai pelanggan baru kebelakangan ini - mereka yang sebelum ini sering ke seberang Tambak untuk mendapatkan khidmat urut atau rawatan muka, kongsi Cik Zubaedah.



Sementara itu, kata orang, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.



Ambil sahaja contoh pengasas kedai urut Mummy's Massage, Cik Salwa Salim.



Jualannya menjunam kepada sifar apabila mereka terpaksa tutup dek Covid-19, kongsi beliau.



Malah, beliau yang baru berpindah ke lokasi baru kedainya itu di City Gate Mall di Beach Road awal tahun ini, tidak sempat melakukan pelancaran rasmi kedai baru itu.



"Tak ada apa yang boleh kami lakukan pada masa itu. Ramai klien saya pun mula risau...terutama klien yang mahukan urutan selepas bersalin sebab mereka sudah tempah berbulan sebelum itu.



"Saya tak begitu risau tentang kerugian (perniagaan), saya lebih kesiankan klien yang perlu sokongan dan penjagaan kami pada waktu itu," kata Cik Salwa.



Berdepan dengan cabaran tersebut, beliau perlu berinovasi, katanya.



"Fikiran saya ialah bagaimana saya dapat berkhidmat kepada pelanggan tanpa kedai fizikal? Dari situ terlahirlah Wombkit," ujar beliau.



Wombkit merupakan kit selepas bersalin DIY (buat sendiri) yang merangkumi bengkung, mandian herba, jamu dan lain-lain yang boleh digunakan dalam tempoh pantang 40 hari setelah bersalin, jelas beliau.



Dilengkapi arahan langkah-demi-langkah serta arahan video, kit itu dihantar ke rumah pelanggannya dan mereka boleh menanyakan Cik Salwa sama ada mereka menggunakan alat-alat tersebut dengan betul.



"Itu cara saya menyediakan sokongan tambahan semasa Covid, ia merupakan kejayaan yang hebat dan pelanggan pun gembira, lagi-lagi dengan keadaan pada waktu itu," ujar beliau.



Wombkit tersebut kemudian diperluaskan kepada semua wanita di Singapura yang ingin mendapatkannya.



Cik Salwa bukan satu-satunya peniaga yang perlu memikirkan cara lain untuk mendekati dan berkhidmat kepada pelanggan dalam musim Covid-19.



Pemilik Aura Nur Spa, Cik Noraisah Noor Mohamed, pula telah memanfaatkan media sosial untuk merancakkan perniagaannya.



Laporan lanjut: Dari bisnes dari rumah ke salon sendiri




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >