Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha guna seni didik pelajar fahami isu lebih besar diiktiraf

Ira Wati Sukaimi antara tujuh penerima Anugerah Presiden bagi Guru
Sep 04, 2020 | 05:30 AM



DALAM kelas subjek seni Cik Ira Wati Sukaimi di Sekolah Menengah Mayflower, pelajarnya tidak setakat belajar melukis dan mewarna.



Mereka juga belajar cara menggunakan teknik seni yang dipelajari itu untuk mendapat pemahaman lebih mendalam tentang isu seperti penghargaan dan empati bagi masyarakat mikro, alam semula jadi dan kepelbagaian budaya.



"Bagi saya, seni adalah satu wadah untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang isu lebih besar. Ini yang akan melengkapkan mereka dengan kemahiran, perwatakan dan nilai yang mereka boleh terus manfaatkan selepas tamat sekolah," ujarnya.



Dedikasi Cik Ira Wati, 48 tahun, terhadap pembangunan pelajar secara menyeluruh diiktiraf apabila beliau antara tujuh guru yang menerima Anugerah Presiden bagi Guru tahun ini, yang disampaikan Presiden Halimah Yacob semasa satu upacara Hari Guru yang berlangsung di dalam talian semalam.



Sementara beliau memastikan setiap hasil yang ingin dicapai daripada sukatan pelajaran dipenuhi, guru berpengalaman 25 tahun itu kreatif menggunakan seni sebagai wadah mendengar pendapat dan keprihatinan pelajarnya.



Dalam satu kelasnya, misalnya, beliau menunjukkan pelajar siri gambar bernama Singapore Idols, oleh jurugambar tempatan Jing Quek, yang memaparkan masyarakat berbeza di Singapura, termasuk pemotong rumput dan pembantu rumah.



Semasa membincangkan gambar itu, Cik Ira Wati tidak memberi pelajarnya jawapan bagi setiap soalan yang timbul mengenainya. Sebaliknya, beliau menggalak mereka berbincang kerana ingin mereka meraih pemahaman lebih mendalam tentangnya.



"Pada mulanya, mereka berkata pemotong rumput dalam gambar itu kelihatan seperti askar bersenjata daripada cara pemakaian mereka. Namun lama-kelamaan, perbincangan itu berubah sedang mereka merenung tentang tugas bermakna yang dilakukan pemotong rumput itu.



"Saya rasa adalah penting dan lebih bererti kalau pelajar memahami isu lebih besar daripada sekadar tertumpu pada teknik seni dan kemahiran teknikal. Dengan cara ini, barulah mereka dapat melihat bagaimana seni relevan kepada mereka dan apakah kedudukan mereka dalam dunia ini serta dalam isu lebih besar itu," kata Cik Ira Wati.



Semasa satu kelas lain, beliau meminta pelajar menghasilkan skulptur - ibarat patung singa yang biasanya dilihat bak mengawal pintu masuk sesetengah bangunan dan rumah - sebagai simbol untuk menangkis apa yang mereka geruni dan khuatiri.



Apabila pelajar berkongsi keprihatinan satu sama lain - termasuk tekanan menjelang peperiksaan serta isu buli - dan membincangnya secara terbuka, mereka juga dapat belajar sikap empati dan memahami rakan mereka dengan lebih baik, lebih daripada belajar cara membentuktanah liat, kata Cik Ira Wati.



Meskipun bersyukur diiktiraf dengan anugerah ini, ibu tiga anak berusia 14 hingga 20 tahun itu terkejut dicalonkan.



Beliau turut mendedikasikan anugerah itu kepada guru subjek seni lain, yang menghadapi tugas mencabar mencari anjakan paradigma untuk meninggalkan kesan bukan pada pelajar saja, bahkan ibu bapa.



Berdasarkan pengalamannya mengajar subjek seni sejak 25 tahun lalu, Cik Ira Wati berkata tanggapan ibu bapa terhadap subjek itu telah berubah namun lebih banyak usaha boleh dijalankan.



"Saya harap ibu bapa juga dapat melihat bagaimana subjek seni dapat membangunkan pemahaman anak mereka tentang isu lain dan membangunkan kemahiran berguna yang boleh dimanfaatkan pelajar itu, walau apa jua kerjaya yang mereka ceburi nanti," ujarnya.



Selain tujuh penerima Anugerah Presiden bagi Guru, enam pendidik muda berusia antara 28 dengan 34 tahun diberi Anugerah Belia Cemerlang dalam Pendidikan (OYEA) dalam upacara semalam.



Dalam ucapannya, Presiden Halimah berkata guru memainkan peranan penting dalam pembangunan menyeluruh pelajar, dengan tugas mereka mempunyai kesan sepanjang hayat ke atas pelajar mereka.



"Selain mengajar pelajar dari segi akademik, (guru) juga suri teladan bagi pelajar. Oleh itu, adalah penting kita terus membangunkan guru kita dengan nilai dan kemahiran betul untuk memenuhi permintaan sistem pendidikan yang berubah-ubah," katanya.



Puan Halimah juga mengumumkan anggerik yang dinamakan Papilionanda NIE SG sempena ulang tahun ke-70 Institut Pendidikan Nasional (NIE) tahun ini, sebagai penghormatan kepada generasi pendidik dan lulusan NIE yang menyumbang kepada perkhidmatan pendidikan Singapura.



Sempena Hari Guru:



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >