Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FINALIS ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN (AGAB)

Usaha hapus anggapan bahasa Melayu hanya satu subjek

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



DALAM merancang pembelajaran bagi murid-muridnya, minat dan profil pelajar merupakan antara perkara yang dititikberatkan Cik Hannah Nadhirah Lokman.



Setiap kelas mempunyai profil pelajar yang berbeza, oleh itu, penyesuaian perlu dilakukan mengikut profil kelas yang akan diajar, kata guru bahasa Melayu di CHIJ Katong Convent itu.



"Saya cuba menyesuaikan pembelajaran mengikut profil kelas dengan mempelbagaikan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas supaya dapat memanfaatkan pelajar dengan berkesan.



"Lebih-lebih lagi bagi generasi pelajar kini yang kurang terdedah kepada bahasa dan budaya Melayu di rumah, saya cuba mengaitkan kehidupan generasi mereka dalam pembelajaran di dalam kelas," jelas beliau, 30 tahun.



Teknologi infokom (ICT) juga digunakannya untuk membuat kelas lebih menarik.



"Saya harus sentiasa mengubah suai rancangan pengajaran mengikuti kelas yang diajar.



"Ada yang lebih terdorong apabila membuat tugasan secara berkumpulan, ada yang lebih suka melakukan aktiviti yang memerlukan pertukaran idea sesama rakan sekelas.



"Ada juga yang semakin bermotivasi apabila ada pertandingan kecil di dalam kelas. Tiada satu profil kelas yang serupa," kata beliau.



Sejak memulakan kerjayanya sebagai guru di sekolah tersebut, Cik Hannah kerap berusaha memastikan pembelajaran bahasa Melayu tidak dianggap murid-muridnya hanya sekadar subjek yang perlu mereka lulus untuk peperiksaan.



"Mereka perlu lihat bahawa bahasa dan budaya Melayu bukanlah hanya sekadar satu subjek, malahan sesuatu yang berkait rapat dengan identiti dan juga kehidupan harian mereka," ujar Cik Hannah.



Beliau, yang turut merupakan guru kegiatan ko-kurikular bagi Pandu Puteri di sekolahnya, merupakan antara finalis Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2020 bagi kategori Perangsang.



Lapan guru telah dipilih sebagai finalis bagi dua kategori Agab - Teladan (guru yang berkhidmat lebih 10 tahun) dan Perangsang (guru yang berkhidmat kurang 10 tahun).



Penerima Agab akan diumumkan pada 19 Disember ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >