BERITA
Usaha iktiraf majikan papar sifat inklusif bagi golongan kurang upaya
Ia bertujuan beri insentif kepada perniagaan bangun imej korporat positif, bangun tenaga kerja inklusif
Oct 09, 2020 | 05:30 AM
SATU rangka kerja pentauliahan bagi menanda aras dan mengiktiraf majikan yang bersifat inklusif kepada golongan kurang upaya telah dilancarkan oleh SG Enable semalam.
Dinamakan Enabling Mark, rangka kerja di peringkat kebangsaan itu bertujuan memberi insentif kepada pertubuhan untuk membangunkan imej korporat positif dengan pengambilan kerja inklusif, serta mendorong syarikat menggunakan amalan terbaik dalam membangunkan tenaga kerja inklusif.