Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha jawatankuasa fatwa bantu Singapura hidup harmoni, PM Lee

Nov 18, 2022 | 01:01 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Mufti Nazirudin Mohd Nasir dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) atas penerimaan anugerah Imam Al-Qarafi bagi Kecemerlangan dalam Fatwa daripada Sekretariat Agung bagi Pihak Berkuasa Fatwa Sedunia, pimpinan Dar al-Ifta Mesir.



Anugerah tersebut mengiktiraf sumbangan cemerlang jawatankuasa tersebut dalam menghadapi pandemik dan isu-isu kontemporari lain, kata Encik Lee. 



“Kerja keras mereka bukan sahaja membantu masyarakat Islam menghadapi isu sukar, tetapi ia juga membantu kita hidup secara harmoni bersama,” ujarnya. 



Encik Lee menambah beliau berbesar hati melihat sumbangan pemimpin agama di Singapura diiktiraf tahun ini. 



“Ini merupakan perkembangan yang baik bagi masyarakat kita yang berbeza budaya dan agama,” kata Encik Lee. 



Dar al-Ifta, dalam menyampaikan anugerah itu, mengiktiraf bahawa metodologi fatwa Singapura menggalakkan kewujudan bersama secara aman dan perpaduan sosial.



Ia juga percaya bahawa masyarakat Islam di Singapura adalah model untuk dicontohi orang lain mengenai bagaimana masyarakat boleh hidup bersama secara aman dan harmoni sambil mengekalkan identiti dan ajaran agama mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >