Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha jururawat diiktiraf sedang jumlah kes Covid-19 melonjak

Jul 07, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN Singapura sedang menangani gelombang jangkitan Covid-19 kini, negara ini belum memperkenal langkah yang dipertingkat sedang jumlah kes kian melonjak.



Ini bermakna pekerja penjagaan kesihatan yang memikul bebannya secara umumnya, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semalam.



"Langkah yang kami laksana hanyalah memerlukan orang ramai memakai pelitup dalam ruang tertutup... kami masih berusaha memvaksinasi (penduduk), tetapi jumlah mereka yang dilindungi dengan vaksin kini amat tinggi," ujarnya semasa berucap di acara penyampaian Anugerah Merit Jururawat semalam.



Encik Ong menekankan bahawa gelombang sekarang ini menandakan persimpangan penting dalam usaha Singapura bergerak ke arah kehidupan bersama Covid-19.



"Dalam gelombang Omicron ini, bebannya rata-ratanya dipikul hospital, jururawat dan pegawai perubatan.



"Saya harap kita semua ingat siapa yang memikul beban ini sedang Singapura terus menjalani kehidupan mereka seperti biasa," ujar beliau.



Encik Ong menyampaikan Anugerah Merit Jururawat itu kepada 125 jururawat di majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec itu.



Anugerah tersebut diberi kepada jururawat yang menampilkan prestasi yang cemerlang dan luar biasa, menyertai usaha pembangunan profesional serta menyumbang kepada usaha mempertingkat kerjaya jururawat.



Penerima anugerah diberi pingat dan wang tunai $1,000.



Antara mereka yang menerima anugerah itu termasuk pendidik jururawat di Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Universiti Nasional (NUH), Cik Haryani Mahmood, 34 tahun.



Sebelum pandemik Covid-19, beliau membimbing jururawat baru dan mempersiap mereka bagi peranan masing-masing menerusi latihan dalam bilik darjah, simulasi dan pengalaman klinikal.



Namun disebabkan sekatan Covid-19, interaksi secara fizikal itu terpaksa dikurangkan sepanjang sekitar dua tahun lalu dan ini antara lain menjejas keyakinan jururawat baru, ujarnya.



Oleh itu, Cik Haryani harus menyesuaikan latihan dan pendekatan yang diambil dengan menggabungkan pembelajaran di dalam talian bersama latihan fizikal dengan satu atau dua jururawat bagi setiap sesi.



"Walaupun saya masih mengajar mereka menerusi dalam talian, kami masih belum dapat menjalankan latihan secara fizikal dengan sepenuhnya.



"Dalam jabatan kecemasan, kami memerlukan latihan praktikal dan tanpanya... ini akan menjejas keyakinan jururawat," ujarnya, sambil menambah beliau juga menggunakan kaedah 'role play' untuk meningkatkan keyakinan jururawat baru.



Mujur dengan banyak sekatan Covid-19 kini sudah dilonggarkan, Cik Haryani berkata beliau dapat membimbing jururawat baru merawat pesakit yang sebenar di katil mereka.



Sikap berkhidmat dengan berdedikasi ini jugalah yang mendorong Cik Haryani untuk terus berbakti meskipun menghadapi apa jua cabaran, termasuk apabila beliau pernah gagal dalam satu ujian praktikal semasa mengikuti pengajian kejururawatan di politeknik 15 tahun lalu.



Pengalaman itu juga membentuk pendekatan yang diambilnya sebagai pendidik jururawat sekarang.



"Setiap individu mempunyai kemahiran yang berbeza... tapi akhirnya mereka boleh mencapai matlamat yang ditetapkan dengan bimbingan yang baik dan galakan.



"Sebagai pendidik, kami harus memahami keupayaan pembelajaran jururawat dan ini akan membantu kami menyesuaikan program dengan keperluan mereka yang berbeza," ujar ibu dua anak berumur enam dan 10 tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >