Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:16
Isyak
8:27
Setempat

Usaha jururawat tangani Covid-19 letakkan S’pura dalam keadaan baik: PM Lee

Aug 01, 2020 | 02:55 PM

SEDANG Singapura berdepan dengan krisis Covid-19, peranan jururawat menjadi lebih penting dan negara ini berada dalam keadaan baik disebabkan usaha para jururawat, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. 

Beliau mengucapkan penghargaannya kepada jururawat sempena sambutan Hari Jururawat Singapura pada Sabtu (1 Ogos) menerusi satu pos di Facebook.

Tambah beliau, ia merupakan tempoh yang amat mencabar sejak enam bulan lalu.

“Hari ini adalah Hari Jururawat Singapura. Ia merupakan satu hari untuk menghormati jururawat kami yang telah mendedikasikan kehidupan mereka untuk menjaga mereka yang sakit dan memerlukan jagaan.

“Ia sesuatu pekerjaan yang memenatkan, tidak menerima penghargaan - sering mereka mengorban masa bersama keluarga mereka untuk memastikan kami yang dapat menghabiskan lebih masa dengan keluarga kami sendiri,” tekan Encik Lee.

Tidak seperti negara lain - yang menyambut hari jururawat pada 12 Mei bagi memperingati kelahiran Cik Florence Nightingale, pengasas bidang kejururawatan moden yang mempengaruhi bidang penjagaan kesihatan secara meluas di dunia, Singapura menyambut Hari Jururawat pada 1 Ogos.

Tarikh tersebut adalah untuk memperingati hari pertama biarawati Holy Infant Jesus (CHIJ) yang memulakan tugas mereka sebagai jururawat di Hospital Besar Sepoy Lines pada 1885.

Hospital tersebut kemudian dijadikan Hospital Besar Singapura (SGH).

“Bidang kejururawatan kini berada dalam tahun yang ke-135 di Singapura. Ia telah melalui perjalanan yang panjang. Sepanjang ini peranan jururawat telah diperluas, dengan peranan jururawat penjagaan masyarakat menjadi lebih meluas,’’ kata Encik Lee.
 

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian