Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha kakitangan Lapangan Terbang Changi bantu penumpang diiktiraf

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



SIKAP prihatin sekumpulan pekerja Lapangan Terbang Changi membantu pelanggan yang memerlukan, walaupun dihambat sekatan pandemik, telah mendapat pengiktirafan dalam satu acara sambutan tahunan lapangan terbang itu.



Kelmarin, keenam-enam mereka telah diiktiraf dengan Anugerah Pasukan Perkhidmatan All-Star semasa acara sambutan tahunan Lapangan Terbang Changi ke-28 yang diadakan di Pusat Konvensyen Raffles City.



Mereka telah menunjukkan keprihatinan membantu seorang penumpang warga emas berkerusi roda yang bersendirian selama 32 jam.



Memandangkan penumpang berusia 74 tahun itu juga lumpuh daripada pinggang ke bawah, pasukan itu membantu penumpang tersebut ke tandas serta mengosongkan beg saliran yang dilampirkan pada kateter urinari (pemasukan kateter ke dalam pundi kencing untuk menyalir keluar air kencing), menjaga makan minumnya dan juga menyediakan katil sementara untuk keselesaan penumpang itu.



Mereka juga membantunya mengecas telefon bimbitnya supaya dapat terus menghubungi keluarganya di Australia.



Lelaki itu, seorang warga Australia yang dalam perjalanan pulang dari Manila, singgah ke Terminal 3 Lapangan Terbang Changi untuk menukar pesawat.



Namun, perjalanannya tertangguh kerana keluarganya tersilap menempah tiket penerbangan pulang.



Lelaki berusia 74 tahun itu telah ke Manila untuk melakukan satu prosedur pembedahan dan terpaksa menunggu di Singapura pada 9 Mei 2021.



Memandangkan tempoh itu adalah semasa puncak pandemik Covid-19, tidak banyak pesawat komersial tersedia. Malah, isterinya juga tidak dapat menemaninya dek pandemik.



Operasi di Lapangan Terbang Changi pada waktu itu juga memerlukan semua kakitangan memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE).



Menurut penolong operasi Sats Ltd, Encik Sairoz Sanwan, salah seorang kakitangan yang membantu penumpang tersebut, berkata:



"Memakai set lengkap pakaian PPE tidak mudah kerana ia menyekat pergerakan kami. Semuanya disalut plastik.



"Kadangkala dengan sarung tangan plastik, kami tak dapat rasa ketika memegang dan mencari barang juga menjadi sukar. Tetapi kami tetap meneruskan tugas," kata Encik Sairoz, 55 tahun, kepada pihak media kelmarin.



Beliau telah berkhidmat di Sats selama 27 tahun.



Walaupun ketika itu Covid-19 masih menular, pegawai perkhidmatan pelanggan dari Sats, Encik Mostafah Lamit, menjelaskan beliau tidak teragak-agak membantu kerana beliau tahu sebagai kakitangan lapangan terbang, mereka sangat berjaga-jaga dengan peraturan kesihatan.



Menurutnya, mereka harus melakukan ujian Covid-19 empat kali seminggu.



"Saya berasa sangat bertuah kerana dapat peluang membantu seseorang, terutama semasa menghadapi masa yang mencabar," kata Encik Mostafah, 54 tahun, yang telah berkhidmat di Sats selama 22 tahun.



Duta pengalaman Changi, Encik Mohammad Zubair, berkata anugerah itu merupakan satu motivasi bagi dirinya untuk terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik kepada para penumpang.



"Dalam masa pandemik atau tidak, saya selalu berikan layanan perkhidmatan terbaik.



"Insiden seperti ini menjadi motivasi untuk terus melayan penumpang pada masa depan. Ini juga akan menggalak kakitangan lain untuk terus memberi perkhidmatan penumpang yang dihargai," kata Encik Zubair, 29 tahun.



Anugerah itu adalah antara tujuh anugerah yang diberi di acara tersebut untuk mengiktiraf tindakan inspirasi oleh kakitangan perkhidmatan.



Penerima anugerah menerima baucar bernilai antara $1,500 dengan $15,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >