Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha khusus perlu demi didik generasi muda tentang keharmonian kaum

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



USAHA khusus perlu diadakan demi mendidik generasi muda tentang keharmonian antara bangsa dan agama yang sekian lama terbina di Singapura.



Menurut Anggota Parlimen (AP) dan Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Bukit Batok, Encik Murali Pillai, pemerintah ada menyediakan rancangan mempererat hubungan sesama warga.



Namun, kegiatan di peringkat masyarakat terasa memberangsangkan malah unik kepada warga Singapura.



Beliau berkata demikian sewaktu menyerikan acara mengedarkan habuan Musim Berkongsi dan Memberi - Tahun Baru Cina 2021 di Blok 210A Bukit Batok Street 21 semalam.



Encik Murali seterusnya menukil kes pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang membunuh jemaah dua masjid di sini pada 15 Mac nanti, yakni sempena ulang tahun kedua serangan pengganas di Christchurch, New Zealand.



Belia India warga Singapura itu beragama Kristian Protestan.



"Usaha membina masyarakat berbilang bangsa dan agama yang saling menghormati tidak akan pernah selesai. Kita harus terus mengusahakan yang terbaik terutama sekali bagi generasi muda. Mereka harus tahu dan tidak memperlekeh hubungan harmoni yang terbina selama ini.



"Saya juga menyentuh hal ini di Parlimen baru-baru ini. Keadaan sekarang agak membimbangkan. Maka saya gembira menyaksikan usaha seperti Musim Berkongsi dan Memberi dianjurkan. Hal ini menunjukkan isyarat kuat bahawa warga Singapura bersatu tidak kira bangsa dan agama. Justeru kita perlu mengadakan usaha khusus mendidik generasi muda," ujarnya ketika ditemui.



Acara pengagihan habuan tersebut sebahagian daripada usaha GRO dan Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Bukit Batok meraikan golongan memerlukan semasa berlangsungnya empat pesta besar, iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan Hari Natal.



Buat julung-julung kalinya, Persatuan Muhammadiyah berganding bahu menjayakan usaha murni itu.



Dalam acara yang berlangsung dari 11 pagi hingga 12.30 tengah hari itu, lebih 100 relawan Persatuan Muhammadiyah, GRO, IRCC dan Team Nila mengedarkan 2,000 bungkus nasi ayam dan beg cenderamata kepada 800 keluarga.



Nasi ayam itu dimasak khas oleh cef selebriti, Syed Shah. Beg cenderamata pula mengandungi kuih tart nanas, limau dan maklumat bantuan.



Relawan terbahagi kepada beberapa pasukan untuk mengedarkan habuan kepada 360 unit di satu-satunya flat sewa Bukit Batok, Blok 210A. Bakinya diedarkan kepada keluarga memerlukan dan berisiko di tempat lain dalam kawasan Bukit Batok.



"Saya gembira Persatuan Muhammadiyah tampil menyumbang kepada usaha murni ini serta memperkukuh persefahaman antara warga berbilang bangsa," ujar Encik Murali.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >