Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Usaha kurangi risiko, urus banjir dengan lebih baik

May 11, 2021 | 05:30 AM



TIDAK praktikal untuk pemerintah meluaskan saluran air negara bagi menampung setiap kejadian hujan lebih lebat daripada biasa, kerana ini akan memerlukan pengambilan tanah yang besar dan kos jauh lebih tinggi.



Menyatakan demikian di Parlimen semalam, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata agensi air negara PUB akan melaksana langkah menjimatkan kos bagi mengurangkan risiko banjir dan menguruskan kejadian banjir dengan lebih baik.



Memberi contoh, beliau berkata PUB sedang menaik taraf teknologi radar ramalan hujan, yang akan membantu memperbaiki ramalan lokasi kemungkinan hujan lebat berlaku dan meningkatkan masa tindak balas terhadap banjir kilat yang mungkin berlaku.



"PUB juga bekerja rapat dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Polis Trafik semasa hujan lebat untuk memantau keadaan jalan raya dan memaklumkan pengguna tentang jalan raya yang banjir untuk dielakkan menerusi papan tanda jalan raya elektronik, wadah media sosial dan dalam talian serta penyiaran radio," kata Cik Fu.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Encik Christopher de Souza (GRC Holland-Bukit Timah) yang bertanya tentang punca banjir kilat di dan sekitar Longkang Bukit Timah-Dunearn dan Longkang Ulu Pandan pada 17 April lalu dan apakah air yang melimpah keluar dapat dielakkan.



Pada hari itu, hujan pada paras 170.6 milimeter dicatat, iaitu paras paling tinggi dalam sehari dalam April sejak 1980.



Hujan lebat itu menyebabkan banjir kilat di Bukit Timah Road dan Dunearn Road dekat Sime Darby Centre dan sebahagian penghubung taman di sepanjang Longkang Ulu Pandan.



Cik Fu berkata kerja peningkatan juga sedang dijalankan di bahagian Longkang Bukit Timah antara Rifle Range Road dan Jalan Kampong Chantek, tempat banjir kilat terpencil itu berlaku, dan dijangka siap pada 2024.



"Apabila siap, kita boleh menjangka paras air tertinggi di bahagian ini di longkang tersebut diturunkan sebanyak lebih satu meter semasa hujan lebat yang sama seperti yang dialami pada 17 April," katanya.



Beliau menambah bahawa PUB juga akan menaikkan bahagian rendah penghubung taman di sebelah Longkang Ulu Pandan apabila ia membangunkan semula longkang itu seiring pembangunan akan datang.



Cik Fu berkata pemerintah telah melaburkan hampir $2 bilion dalam kerja-kerja saliran, dan akan melabur lagi $1.4 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk meningkatkan daya tahan banjir Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >