Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI WARISAN TAMAN WARISAN MELAYU

Usaha lebih lima dekad pelukis pertahan warisan seni Melayu diiktiraf

Nov 14, 2021 | 05:30 AM



SEJAK berusia 10 tahun, Encik Idris Mohamed Ali, telah belajar melukis daripada buku, pemerhatian dan latihan, kerana tidak mampu membayar untuk mengikuti kelas seni atau latihan profesional.



Hari ini, hasil cat air Encik Idris yang mengabadikan keadaan jalanan dan sekitaran Singapura waktu lampau dianggap amat penting kepada warisan negara kerana keunikannya.



Sumbangannya yang tidak ternilai kepada persada seni Melayu di Singapura membolehkan beliau meraih Anugerah Hadiah Warisan pertama Yayasan Warisan Melayu.



Hadiah Warisan merupakan anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan nilai seni seorang seniman atau aktivis seni serta sumbangan dan komitmennya terhadap pengamalan dan kepimpinan terhadap sektor seni dan warisan.



Mengulas mengenai pengiktirafan dan penghargaan tersebut, Encik Idris melahirkan perasaan gembira.



"Bagi saya ini adalah anugerah yang amat bermakna.



"Ia merupakan penghargaan bagi pengorbanan saya untuk melakukan seni," kata beliau yang berusia 77 tahun, yang pernah dibimbing secara ringkas oleh seniman Melayu seperti S. Mahdar, Mas Ali Sabran dan S. Mohdir.



Selama lebih daripada 50 tahun, Encik Idris telah mempamerkan karya seninya di lebih daripada 80 pameran kumpulan serta tiga pameran solo.



Karya-karya beliau boleh didapati dalam koleksi Galeri Nasional Singapura, Lembaga Warisan Negara (NHB), Kementerian Ehwal Luar Negeri dan pelbagai agensi pemerintah di Singapura dan kerajaan di Malaysia, serta organisasi swasta dan individu.



Sebagai Ahli Angkatan Pelukis Aneka Daya, atau APAD, Encik Idris telah mengajar ramai pelajar muda di bawah program Tunas angkatan itu, serta membimbing guru seni.



Dengan bakat melukisnya diiktiraf, anak sulung daripada enam orang anak itu telah menerima beberapa anugerah oleh APAD seperti Anugerah Pingat APAD pada tahun 1974 dan Anugerah Cipta Mekar pada tahun 1990.



Dengan ramai penggiat aktif sepertinya dalam masyarakat yang sering berusaha untuk mempertahankan warisan Melayu, Encik Idris yang sudah bersara sebagai seorang guru berkata mereka ia penting untuk menyokong mereka.



"Terutamanya semasa tempoh Covid-19 ini, di mana ia amat mencabar, ia penting untuk menyokong golongan ini sebanyak mungkin.



"Pengiktirafan ini harus diberikan kerana mereka sudah bersungguh-sungguh berusaha untuk menaikkan taraf seni Melayu kita.



"Tetapi yang penting, sebagai seniman, kita jangan putus asa dan terus melakukan apa saya untuk bertahan," ujarnya.



Selain menerima anugerah Hadiah Warisan, Encik Idris turut menerima geran bernilai $3,500.



Dengan wang tunai yang dianugerahkan kepadanya, Encik Idris berkata, beliau merancang untuk mengadakan satu pameran solo tahun hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >