Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha lebih lima dekad pelukis pertahan warisan seni Melayu diiktiraf

Nov 13, 2021 | 10:22 PM



YAYASAN Warisan Melayu (MHF) telah melantik tiga anak muda sebagai Teman Warisan dengan harapan dapat memberi dorongan kepada lebih ramai di kalangan mereka memperjuang warisan budaya Melayu.



Teman Warisan yang dilantik pada Sabtu (13 November) semasa acara Hari Warisan, merupakan individu yang berusia 35 tahun ke bawah, aktif dalam bidang budaya dan warisan, serta mempamerkan potensi kepimpinan.



Antara mereka yang dilantik sebagai Teman Warisan adalah Cik Anis Qurratu’aini Azman, 31 tahun.



Sebagai ahli kumpulan muzik tradisional Melayu, Orkes Sri Temasek serta kumpulan muzik Melayu tradisional dan kontemporari, Alto Aura, Cik Anis percaya bahawa mengiktiraf kerja keras dan dedikasi mereka dalam sektor seni dan warisan, yang merupakan antara yang paling teruk dilanda pandemik Covid-19, adalah sangat tepat.



“Saya berharap melalui pengiktirafan ini, rakan penggiat seni budaya akan lebih bersemangat untuk terus berkarya dan mendapatkan melibatkan diri dalam acara yang dianjurkan oleh pertubuhan seni tempatan,” katanya.



Seorang lagi yang turut dilantik adalah Encik Muhammad Hafiz Rashid, 27 tahun, seorang sukarelawan di Taman Warisan Melayu (MHC).



Sering dilihat di MHC berpakaian tradisional Jawa, lengkap dengan blangkon dan keris, atau Baju Melayu, ramai yang mengunjungi tempat itu menganggapnya sebagai ‘maskot hidup’ MHC.



Sebagai Teman Warisan, Encik Hafiz berharap dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang warisan budaya mereka sendiri melalui cerita-cerita yang beliau kongsi sebagai seorang docent.



“Dengan wujudnya media sosial dan wadah Internet, ia telah menjadi lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan dan mendekati orang lain yang berfikiran sama.



“Saya berharap agar golongan belia kita dapat menggunakan sepenuhnya sumber yang ada ini untuk menggalakkan lagi semangat mereka terhadap warisan Melayu,” ujarnya.



Bagi Cik Liyana Nasyita Shukarman, 27 tahun, yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam bidang Pengajian Melayu, warisan bangsa adalah sesuatu yang merangkumi kehidupan seharian dan bukan hanya perkara yang lama.



“ Ia merangkumi bahasa Melayu, sastera, budaya dan sejarah.



“Cara kita memahami aspek ini mempengaruhi cara kita memahaminya dan dalam menangani masalah yang mencabar kita.



“Jadi saya berharap melalui pelantikan ini, saya boleh membawa kesedaran kepada semua orang terutamanya golongan belia supaya mereka juga boleh menjadi Teman Warisan dengan cara mereka sendiri,” ujarnya yang sering melibatkan diri dalam wacana dan perbincangan tentang warisan di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >