Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha lestari makanan warisan S'pura diiktiraf

Dec 01, 2021 | 05:30 AM



MELESTARIKAN makanan warisan memerlukan usaha penjaja untuk tidak mudah putus asa.



Ini kerana penjaja perlu cekal berusaha meneruskan perniagaan itu di tengah-tengah persaingan makanan yang pelbagai.



Oleh itu, penjaja Nur Indah Kitchen di Bedok Corner, Cik Roziah Adon, yang menjual nasi ayam penyet teruja apabila diberi pengiktirafan sebagai antara Makanan Warisan Terbaik Singapura.



Baru-baru ini, gerai beliau dan sembilan lagi gerai di Bedok Corner menerima anugerah Makanan Warisan Terbaik Singapura yang diberikan oleh Persekutuan Perniagaan Antarabangsa (IBF).



Mereka mendapat anugerah mereka dari Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast.



"Saya amat berbesar hati menerima anugerah ini. Bukan mudah untuk berniaga kerana perniagaan ini memerlukan kerja keras demi melestarikan warisan kita,'' kata Cik Roziah.



Gerai-gerai itu dipilih setelah penilaian dibuat oleh panel duta-duta makanan yang ke pusat-pusat penjaja bagi mencari makanan warisan yang lazat.



Antara gerai di Bedok Corner yang menerima anugerah itu termasuk gerai Sinaran Cahaya Bedok Corner, Ayam Penyet No. 1, Goreng Pisang King, Masakan Anak Bujang dan Suka Ramai Mama Power.



Mengulas mengenai pemilihan itu, salah seorang duta makanan IBF, Cik Nor Suhir, berkata mereka akan antara lain melungsur media sosial untuk meninjau komen pelanggan dan merasai makanan yang dihidangkan para penjaja sebelum memilih yang terbaik.



IBF memberikan anugerah itu sejak November 2019 tetapi terhenti seketika pada tahun lalu disebabkan Covid-19.



Setakat ini, sebanyak lapan pusat penjaja dan 106 penjaja serata Singapura telah mendapat anugerah itu.



Pusat penjaja pertama yang diberi anugerah itu ialah di Pusat Penjaja Ayer Rajah.



Beberapa penjaja di pusat penjaja di Haig Road juga baru mendapat anugerah itu termasuk gerai Al-Rahaman Muslim Food, Deen Combo Special, Afandi & Family dan Hajjah Sumiati.



IBF, sebuah badan bukan mencari untung yang diasaskan presidennya, Dr Frederick Yap, memperkenalkan anugerah itu bagi menonjolkan penjaja warisan terbaik di pusat-pusat penjaja di Singapura.



Hasil anugerah itu, mereka merancang menerbitkan buku panduan yang menyenaraikan gerai-gerai terbaik yang menghidangkan makanan warisan Singapura seperti rojak India, mi dan nasi lemak.



Sebelum ini, budaya penjaja Singapura secara rasmi disertakan dalam Senarai Wakil Unesco Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ternilai pada 2020.



Pengiktirafan Unesco itu bermakna budaya penjaja Singapura akan dilindungi dan ditonjolkan kepada penduduk setempat dan pengunjung dari luar negara.



"Banyak daripada makanan tempatan ini wujud daripada budaya makanan yang berbeza dari kaum pendatang yang menetap di Singapura.



"Tahun demi tahun, gabungan makanan, ruang dan masyarakat yang unik ini berubah menjadi satu cerminan masyarakat berbilang kaum di negara ini, dengan pegerai yang menjual makanan Cina, Melayu dan India dn lain-lain.



"Mereka kemudian menjadi makanan tempatan yang kita cintai,'' kata Cik Nor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >