Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha libat karyawan, belia dalam kepimpinan akar umbi

Apr 19, 2018 | 05:30 AM



USAHA menarik karyawan dan belia di peringkat akar umbi penting bukan sahaja untuk menggalak mereka menyumbang kepada masyarakat, bahkan juga memastikan ada cukup bakat bagi peralihan kepimpinan di peringkat itu.



Demikian menurut pengerusi Panel Penasihat Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Tahap pertama ialah penglibatan mereka dalam program tersebut. Akhirnya kami berharap mereka menjadi sebahagian daripada kepimpinan.



"Dengan itu, apabila perlu membuat peralihan kepimpinan, sudah ada pelapis yang bertauliah, berpengalaman, dan berpotensi meningkatkan lagi kepimpinan masyarakat yang lebih berkaliber.



"Dengan masyarakat lebih berkaliber, kami boleh meluaskan kebolehan kepimpinan masyarakat kita, bukan sahaja dalam erti kata kepimpinan politik, tetapi juga kepimpinan di peringkat masyarakat," ujar Encik Masagos.



Lebih banyak usaha kini dijalankan untuk menarik golongan karyawan dan belia, yang diterajui dua lagi anggota Panel Penasihat Mesra - Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin dan Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam.



Encik Amrin berkata usaha menarik karyawan harus dilakukan secara bertahap-tahap, dengan usaha dijalankan bagi menarik perhatian terhadap program yang ada.



"Ada juga beberapa penggiat masyarakat berpotensi yang boleh menyumbang lebih banyak kepada masyarakat. Kami sedang melatih mereka, masih kenal-kenal lagi," ujar Encik Amrin.



Antara daya usaha yang dijalankan untuk menarik orang ramai, termasuk karyawan, ke kelab masyarakat ialah siri Shiok Persatuan Rakyat (PA) yang menawarkan pelbagai kursus serta program gaya hidup yang diberi nafas baru.



Siri itu memperkenalkan kursus baru seperti kursus perundangan, kursus membuat makanan Jepun yang sihat, dan kegiatan kesihatan seperti piloxing.



Sementara itu, belia pula boleh menganjurkan projek kemasyarakatan yang inovatif dan bermakna dengan adanya tawaran Geran Projek Lentor baru sebanyak $60,000.



"Kami mahu anak muda faham akan keperluan masyarakat, dan kami juga ingin masyarakat menerima idea baru yang diketengahkan belia," ujar Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >