Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Usaha lukis batik ulang tahun pertama WGS dihargai

28 pelajar Sekolah Tinggi Chung Cheng (Utama) diberi sijil penghargaan baru-baru ini bagi lukisan batik terpanjang SG sempena sambutan Wisma Geylang Serai tahun lalu
Mar 18, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 28 pelajar Sekolah Tinggi Chung Cheng (Utama) menerima sijil penghargaan kerana menghasilkan lukisan masyarakat batik terpanjang di Singapura - 550 meter - bagi sambutan ulang tahun pertama Wisma Geylang Serai (WGS) Januari tahun lalu.



Walaupun karya mereka telah lama menghiasi WGS, majlis penghargaan itu tertangguh hingga 11 Mac lalu disebabkan pandemik Covid-19.



Majlis itu dirasmikan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.



"Saya sangat bangga atas sumbangan kesemua 28 pelajar yang berusaha selama tiga hari berturut-turut untuk menjayakan batik itu.



"Lukisan batik itu ialah satu pengalaman masyarakat yang sangat indah kerana ia melibatkan ramai orang daripada pelbagai latar belakang.



"Saya sangat berterima kasih kepada semua atas tenaga dan sumbangan anda kerana sekarang, salah satu seni budaya Melayu dapat dipamer dan dikongsi bersama warga Singapura lain," kata Dr Maliki dalam ucapannya.



Kesemua pelajar itu ialah daripada kelab seni sekolah tersebut. Menurut salah seorang gurunya, Cik Radiana Raza Ali, kelab tersebut dijemput menyertai projek itu oleh pengasas Studio Kamal Arts, Encik Kamal Dollah.



"Saya sangat teruja dan bangga kerana diberi peluang turut serta dalam acara ini. Saya juga sangat bangga melihat pelajar saya sungguh bertekad menghabiskan lukisan itu selama tiga hari," kata Cik Radiana, yang mengajar seni di sekolah itu.



Seorang lagi guru yang mengawasi kelab seni itu, Cik Siti Sarah Mamat, berkata beliau gembira para pelajar itu dapat didedahkan kepada seni Melayu.



"Di sekolah kami, tidak banyak pendedahan kepada budaya lain. Oleh itu, pelajar sangat ghairah apabila dapat mencuba dan mempelajari budaya Melayu.



"Ini satu peluang sangat baik untuk pelajar, dan kami berdua berterima kasih kepada sokongan sekolah kami dan Wisma Geylang Serai kerana berjaya mewujudkan acara ini," kata Cik Siti, yang mengajar subjek seni di sekolah itu sejak lima tahun lalu.



Oleh kerana acara tersebut dijalankan tahun lepas, beberapa pelajar sudah tamat pengajian di sekolah namun meluangkan masa hadir ke majlis penghargaan itu.



Antara mereka ialah Elmer Eng Yu Haang, yang telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Eunoia.



"Saya sungguh berbesar hati kerana dapat menyumbang menghasilkan lukisan batik terpanjang di Singapura," katanya, pengerusi kelab seni itu tahun lepas.



Eng menambah bahawa acara itu salah satu pengalaman manis baginya sebelum meninggalkan sekolah itu.



Seorang lagi pelajar, Ryan Tan Jun Ren, pelajar menengah empat yang kini ketua kurator kelab seni itu, berkata:



"Saya rasa itu adalah pengalaman yang sangat baik kerana kami dapat mencuba seni bangsa lain, dan ia juga peluang bagi pelajar mengalami sesuatu yang baru dan satu pendidikan baik!"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >