Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANCARAN KONSORTIUM BAGI PENYELIDIKAN KLINIKAL DAN INOVASI SINGAPURA (CRIS)

Usaha majukan penyelidikan klinikal, persiap sistem jagaan kesihatan bagi masa depan

Ye Kung: Lebih banyak inovasi, pemahaman dan pertumbuhan dalam sistem eko kajian penjagaan kesihatan SG sekarang
Apr 07, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH konsortium nasional baru telah ditubuhkan bagi memajukan lagi usaha penyelidikan klinikal dan inovasi di Singapura serta membentuk keupayaan penting bagi sistem penjagaan kesihatan yang bersedia untuk masa depan.



Diberi nama Konsortium bagi Penyelidikan Klinikal dan Inovasi Singapura (Cris) menggabungkan lima inisiatif utama Singapura dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), kajian klinikal dan perkhidmatan.



Lima inisiatif itu ialah Institut Penyelidikan Klinikal Singapura (Scri), Pusat Inovasi Kesihatan Nasional Singapura (NHIC), Institut Terapi Sel Lanjutan dan Kajian Singapura (Actris), Kajian Kesihatan Jitu Singapura (Precise) dan Konsortium Barah Translasi Singapura (STCC).



Dalam ucapannya melancarkan konsortium itu di Star Vista semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata setelah melabur dalam sains biomedikal lebih 20 tahun, Singapura kini melihat lebih banyak inovasi, pemahaman dan pertumbuhan signifikan dalam sistem eko kajian penjagaan kesihatan.



"Cris dan unit perniagaannya memainkan peranan kritikal dalam hal ini. Ia dalam kedudukan unik untuk menjalin sinergi, memanfaatkan kelebihan pelbagai inisiatif dan usaha bagi mengembangkan sektor ini dan menyampaikan hasil lebih baik," ujar beliau.



Menurut Encik Ong, sejak berdekad lalu Singapura telah membangunkan sistem penjagaan kesihatan bertaraf dunia hingga membolehkan ia menawarkan penjagaan kesihatan yang dimampui dan mapan.



Pemerintah, ujar beliau, telah mengenal pasti pelaburan berterusan dalam R&D sebagai tunggak dalam strategi pembangunan ekonomi.



Lantas ia melancarkan inisiatif sains biomedikal dalam membina industri biomedikal sebagai tunggak keempat ekonomi.



Dengan itu, peningkatan dalam sistem penjagaan kesihatan dan pelaburan R&D bagi sains perubatan menjadi inisiatif saling melengkapi bagi mewujudkan peluang ekonomi dan memperkukuh keupayaan penjagaan kesihatan demi manfaat masyarakat Singapura, kata Encik Ong.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cris, Dr Danny Soon, yang juga Pengarah Eksekutif Scri, berkata: "Sedang keupayaan sains asas dan bakat di Singapura mula matang dan inisiatif penyelidikan kita mula meninggalkan kesan, adalah tepat waktunya untuk menghimpunkannya di bawah satu bumbung.



"Bersama sebagai Cris, kami berusaha memastikan misi kami bersepadu dalam program kami, menyepadukan keupayaan, sumber saintifik dan pelibatan industri.



"Menerusi cara ini, kita dapat kekal relevan dan selaras dengan keperluan pesakit Singapura, sistem penjagaan kesihatan dan penyelidik di samping membina kemampanan jangka panjang bagi usaha-usaha ini."



Menurut satu kenyataan Cris, melangkah ke depan, konsortium itu bermatlamat membina rangkaian dan kerjasama bagi percubaan klinikal serantau, menjalankan penilaian yang menjimatkan kos bagi campur tangan penjagaan kesihatan, di samping memupuk jalinan industri.




"Cris dan unit perniagaannya memainkan peranan kritikal dalam hal ini (inovasi, pemahaman dan pertumbuhan signifikan dalam sistem eko kajian penjagaan kesihatan Singapura). Ia dalam kedudukan unik untuk menjalin sinergi, memanfaatkan kelebihan pelbagai inisiatif dan usaha bagi mengembangkan sektor ini dan menyampaikan hasil lebih baik."
- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >