MAJLIS Sekitaran Singapura (SEC) telah mengumumkan bahawa ia sedang mengusahakan satu kategori baru bagi produk dengan pulpa dan kertas yang akan sertakan syarat bagi piawaian pencegahan kebakaran dan pengurusan tanah gambut dalam kriterianya.
Ini dilakukan sebagai sebahagian usaha berterusannya membantu orang awam mengenal pasti produk mesra alam dan meningkatkan kepenggunaan yang tidak membahayakan alam sekitar (eco-consumerism).