Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha masyarakat bantu mangsa kebakaran di Whampoa

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA anggota masyarakat telah ke depan untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di sebuah flat dua bilik di Whampoa Ahad lalu.



Ini termasuk jiran keluarga itu serta Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau yang berdekatan.



Cik Hrera Shangelyna, 22 tahun, dan adik-beradiknya telah berjiran dengan keluarga lima anak yang menjadi mangsa kebakaran itu sejak lebih 10 tahun.



Mengenangkan kesukaran dihadapi jiran mereka, Cik Hrera dan adik-beradiknya melancarkan usaha pengumpulan dana sehari selepas kejadian itu berlaku menerusi media sosial dan kaedah pembayaran PayNow.



Cik Hrera, anak kedua dalam keluarga empat anak yang mendiami flat di tingkat empat Blok 22 Jalan Tenteram itu, berkata sehingga tengah hari semalam mereka sudah berjaya mengumpulkan sebanyak $47,000.



Pelajar jurusan pengurusan acara di Politeknik Republik itu berkata tujuan pengumpulan dana itu untuk membantu keluarga tersebut memulakan hidup semula setelah kehilangan rumah serta membiayai yuran perubatan bagi merawat kecederaan selepas mereka cuba menyelamatkan diri daripada rumah yang terbakar itu.



"Kakak-kakak saya dan saya telah berkawan dengan mereka sejak dari kecil lagi. Apabila kakak saya yang sulung mencadangkan untuk melancarkan pengumpulan dana, kami tidak beragak-agak dan langsung setuju untuk berbuat demikian.



"Kami juga sedar, meskipun ibu bapa mereka mempunyai pekerjaan sepenuh masa untuk membiayai keperluan keluarga mereka, mereka mungkin akan mengambil sedikit masa untuk pulih daripada kecederaan yang dialami supaya dapat kembali pulang ke kerja.



"Malah buat ibunya yang menjual pakaian kanak-kanak kecil secara sambilan, semua stoknya telah musnah akibat kebakaran itu.



"Mungkin agak sukar bagi Haiqal dan Huzaimi (anak lelaki keluarga mangsa kebakaran itu), kerana pekerjaan sambilan mereka mungkin tidak mencukupi untuk membantu keluarganya," tambah Cik Hrera yang mengendalikan pengumpulan dana itu menerusi akaun Instagramnya, @hrerashanx.



Cik Hrera berkata keluarganya tinggal di sebuah flat yang terletak dua tingkat di atas flat terbakar itu. Mereka juga terjejas akibat asap kebakaran itu namun mereka sudah dibolehkan pulang ke rumah mereka.



Selain usaha pengumpulan Cik Hrera dan adik-beradiknya, Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau juga telah melancarkan usaha pengumpulan dana buat keluarga tersebut.



Orang ramai boleh menghulurkan derma menerusi akaun PayNow masjid tersebut dengan nombor UEN: S64MQ0037E.



Pengumpulan dana ini akan berlangsung sehingga Jumaat ini agar keluarga mangsa kebakaran itu dapat menerima derma tepat pada masanya, kata lembaga pengurusan masjid itu menerusi satu kenyataan di Facebook.



"Mereka merupakan keluarga dianggotai enam orang, termasuk dua remaja, dan seorang bayi berusia tiga bulan dan kini memerlukan pakaian, lampin dan susu.



"Sebarang jumlah derma daripada anda akan membantu mereka buat jangka yang panjang dan membolehkan mereka bangkit semula dengan segera," katanya.



Kebakaran pada sekitar 9 pagi Ahad lalu itu menyebabkan 10 orang tercedera.



Menurut anak sulung keluarga itu, Encik Muhammad Haiqal Zuraimi, 23 tahun, ibu dan ayah tirinya sedang dirawat di Hospital Besar Singapura (SGH) manakala adik-adiknya yang berusia 18, 16 dan 15 tahun serta adik saudara lelakinya berusia tiga bulan mengalami beberapa kecederaan serta terhidu asap kebakaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >