Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha Melayu/Islam SG jaga maslahat golongan memerlukan dipuji

Jul 11, 2022 | 05:30 AM



  • DPM Wong: Aidiladha ingatkan semua tentang kepentingan pengorbanan, keihsanan, gotong-royong;

  • S'pura boleh kawal peningkatan jangkitan Covid-19 tanpa perlu sekatan tambahan

AIDILADHA mengingatkan tentang kepentingan pengorbanan dan mengambil berat tentang kemaslahatan golongan mudah terjejas dalam masyarakat.



Dalam aspek itu, masyarakat Melayu/Islam Singapura telah memainkan peranan dengan membantu mereka yang lebih memerlukan.



Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Lawrence Wong, berkata demikian semasa mengunjungi Masjid Ar-Raudhah pagi semalam sempena Hari Raya Aidiladha.



"Tempoh ini (musim haji) mengingatkan kita tentang kepentingan pengorbanan dan menjaga kemaslahatan golongan lebih mudah terjejas dalam masyarakat, dan di sini saya ingin memuji masyarakat Melayu/Islam Singapura kerana memainkan peranan anda menjaga satu sama lain dalam masyarakat.



"Bahkan ini juga relevan bagi kita semua di Singapura, sedang kita mengatasi cabaran daripada perang (Russia-Ukraine), pandemik Covid-19 dan harga yang semakin meningkat," ujar Encik Wong.



Beliau berkata pemerintah akan terus melakukan lebih banyak untuk meringankan beban semua jika perlu seandainya situasi bertambah buruk, namun, masyarakat juga memainkan peranan penting.



"Saya sangat gembira dalam masyarakat Melayu/Islam, anda semua telah menggalas tanggungjawab ini dengan mengambil kisah satu sama lain dan mencontohi semangat keihsanan, kemurahan hati dan gotong-royong. Saya fikir jika kita semua mempamerkan semangat perpaduan yang sama dan saling mengambil tahu kisah satu sama lain, kita akan dapat mengharungi cabaran ini," katanya.



Seiring dengan nilai pengorbanan yang ditekankan dalam sambutan Aidiladha, Encik Wong menambah bahawa warga Singapura, termasuk masyarakat Melayu/Islam telah melakukan banyak pengorbanan sepanjang pandemik Covid-19.



"Kita perlu melakukan perubahan pada rutin dan kebiasaan kita, dan kita terus melakukan pengorbanan ini terutamanya... disebabkan kesan perang Russia-Ukraine dan peningkatan harga yang menjejas semua di Singapura," ujar beliau.



Mengenai gelombang jangkitan Covid-19 semasa, Encik Wong berkata Singapura dijangka dapat mengatasinya tanpa perlu langkah mengetatkan sekatan.



Walaupun beliau mulanya agak bimbang dengan peningkatan kes sejak beberapa mingu lalu, hospital di sini sejauh ini masih dapat bertahan menanganinya.



Ditanya Berita Harian apakah pengorbanan terbesar yang telah dilakukannya sejak menjadi DPM dan sepanjang pandemik Covid-19, Encik Wong berkata:



"Agak stres, agak mencabar tetapi pada masa yang sama ia sangat berbaloi, dan melihat warga Singapura lain merentas latar belakang kehidupan, terutama mereka di barisan hadapan Covid yang bersedia meletakkan nyawa mereka pada bahaya mengorbankan masa peribadi, masa bersama keluarga untuk bekerja, bertungkus lumus bagi kemaslahatan warga Singapura lain adalah sangat memberi inspirasi."



Encik Wong berada di Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok semalam sebagai sebahagian usaha pendekatan masyarakatnya sejak menggalas tugas sebagai DPM.



Beliau bertemu media setelah sempat berinteraksi dengan jemaah dan kakitangan masjid tersebut.



Encik Wong turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya dalam bahasa Melayu kepada semua Muslim di Singapura. Katanya:



"Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua masyarakat Islam di Singapura, semoga Hari Raya disambut dengan kegembiraan bersama keluarga."



Beliau turut melahirkan rasa gembira bahawa lebih ramai masyarakat Muslim Singapura telah dapat melaksanakan ibadah haji tahun ini dan mengucapkan selamat kepada semua jemaah sepanjang berada di Arab Saudi dan dalam perjalanan pulang mereka kembali ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >