Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha membudaya keselamatan dan kesihatan diiktiraf

May 21, 2022 | 05:30 AM



APABILA Encik Abu Bakar Mohd Nor dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Lembaga Keselamatan dan Kesihatan agensi air negara PUB sejak 2017, beliau ingin setiap pekerja dalam agensi itu mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap isu keselamatan dan kesihatan.



Daripada sekadar memberitahu pentingnya keselamatan dan kesihatan kepada mereka, beliau melibatkan kesatuan sekerja agar sama-sama membudayakan sikap tersebut.



Malah, sistem latihan tersusun dan keupayaan dibangunkan bagi setiap pekerja dan juga kontraktor dalam PUB agar keselamatan dan kesihatan terpahat dalam minda mereka setiap masa.



Hasil sumbangan beliau, Encik Abu Bakar, 56 tahun, diberi Anugerah Rakan Kesatuan Sekerja dalam Majlis Anugerah Hari Pekerja 2022 anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) kelmarin.



Beliau dipilih hasil pencalonan Kesatuan Sekerja PUB (PUBEU).



Di bawah kepimpinannya, Encik Abu Bakar telah membentuk Majlis Keselamatan di Tempat Kerja dan melibatkan Timbalan Presiden PUBEU, Encik Khairudin Ismail, bagi mempengerusikan majlis itu serta kumpulan Pemantau Keselamatan Binaan.



Beliau juga membentuk Panel Penasihat Keselamatan bagi membolehkan semakan strategik mengenai operasi keselamatan dan perniagaan dijalankan untuk memberikan PUB maklum balas bagi menjalankan pembaikan yang berterusan.



"Usaha beliau (Abu Bakar) itu mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku dan meningkatkan budaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan (pekerja) di PUB.



"Dengan bimbingan dan kepimpinannya, PUB diberikan Anugerah Juara U Safe pada 2019,'' ujar NTUC.



Mengulas mengenai anugerah tersebut, Encik Abu Bakar berkata anugerah itu merupakan pengiktirafan bagi setiap kakitangan dan rakan PUB yang berusaha menjadikan tempat kerja mereka selamat.



"Keselamatan dianggap penting tetapi tidak semua orang tahu apa yang perlu dilakukan jika melihat kelemahan dari segi keselamatan di tempat kerja.



"Misalnya, jika seorang pekerja tidak memakai helmet, bagaimana kita yang melihat menanganinya? Apakah kita memarahinya atau adakah campur tangan positif yang dapat dilakukan?



"Kebanyakan orang tidak tahu bagaimana mendekati isu ini. Sebenarnya, ia memerlukan latihan yang tersusun untuk menanganinya,'' ujar Encik Abu Bakar yang bekerjasama dengan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) untuk melakarkan latihan bagi pekerja dan kontraktor.



Selain keselamatan, isu kesihatan juga diberi penekanan termasuk kesihatan mental semasa pandemik serta penjagaan kesihatan bagi mengelak penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis.



"Setiap pekerja ini harus mempunyai rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan. Tetapi, ia harus dilengkapi dengan sistem yang baik dan kepimpinan yang terus memacu usaha ini,'' tambahnya.



Mengongsi matlamat seterusnya menjelang 2028, beliau berkata pasukannya akan meneliti penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan analitik data bagi mempertingkat keselamatan dan kesihatan pekerja di PUB.



"Misalnya, bolehkah automasi digunakan bagi menjalankan tugas dalam terowong agar mengurangkan risiko kemalangan pekerja? Idea-idea ini perlu difikirkan bersama,'' katanya, yang juga pengerusi syarikat teknologi kewangan (fintech) Fin (SE) Asia serta Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).




"Keselamatan dianggap penting tetapi tidak semua orang tahu apa yang perlu dilakukan jika melihat kelemahan dari segi keselamatan di tempat kerja...

Setiap pekerja ini harus mempunyai rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan. Tetapi, ia harus dilengkapi dengan sistem yang baik dan kepimpinan yang terus memacu usaha ini.''

- Encik Abu Bakar Mohd Nor, penerima Anugerah Rakan Kesatuan Sekerja dalam Majlis Anugerah Hari Pekerja 2022 anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >