Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha memulihara hutan pesisir dekat Labrador

Nov 08, 2021 | 05:30 AM



TANAH seluas 12.5 hektar di tepi pantai Labrador akan diperuntuk untuk kerja menanam semula pokok-pokok mulai tahun depan sebagai sebahagian usaha Singapura untuk memulihara alam semula jadinya bagi generasi mendatang.



Pemuliharaan semula kawasan hutan itu - yang seluas 17 padang bola sepak - akan termasuk menanam semula 5,000 pokok asal tempatan yang sesuai bagi sekitaran hutan pesisiran itu yang mana masyarakat juga akan terlibat dalam usaha itu, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, semalam.



Usaha menanam semula pokok-pokok hutan tepi pantai itu adalah sebahagian usaha Lembaga Taman Negara (NParks) bagi memperluas dan mempertingkat daya ketahanan habitat pesisiran kawasan berkenaan termasuk habitat Hutan Simpanan Labrador seluas 22 hektar sekarang menjelang 2030.



Menurut Encik Lee, pihak berkuasa, juga akan membuat kajian bagaimana mereka boleh mempertingkat rangkaian antara Hutan Simpanan Labrador itu dengan kawasan semula jadi lain sedang mereka melancarkan rancangan buat kawasan itu bagi masa depan.



Encik Lee berada di Hutan Simpanan Labrador semalam bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Keppel Corp Encik Loh Chin Hua dan pengerusi syarikat itu Encik Danny Teoh bagi acara menanam pokok sempena usaha pemuliharaan semula itu.



Syarikat Keppel Corp akan mendermakan $1 juta bagi usaha berkenaan.



LAPORAN SELANJUTNYA: Hutan tepi pantai seluas 12.5ha di Labrador akan dipulihara




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >