Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha Muis perjelas dakwaan diharap dapat yakinkan masyarakat: Pengamat

Jul 11, 2021 | 05:30 AM



KENYATAAN oleh Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) Esa Masood yang menjelaskan kedudukannya berhubung isu tadbir urus yang baik dan ketelusan dapat melegakan serta meyakinkan masyarakat yang prihatin ekoran dakwaan tular di media sosial baru-baru ini berkenaan salah tadbir urus dan ketidaktelusan lembaga berkanun itu.



Demikian menurut pengamat masyarakat yang dihubungi Berita Minggu semalam.



Malah menurut mereka, kenyataan itu diperlukan untuk memelihara keyakinan orang ramai dan kewibawaan institusi itu.



Kini, orang ramai boleh membuat penilaian sendiri setelah mempertimbang antara rencana yang diterbitkan laman berita dalam talian Asia Sentinel - yang mendakwa terdapat salah guna kuasa dan amalan rasuah dalam Muis - dengan respons Muis menerusi kenyataannya semalam.



Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, berkata masyarakat Islam setempat pastinya prihatin tentang beberapa isu yang tular di media sosial itu.



"Namun, kita perlu berlaku adil dalam penilaian kita, terutama sekali terhadap badan berkanun seperti Muis.



"Muis telah menjelaskan langkah yang telah diambil. Walaupun tidak semua yang sempurna, ada usaha untuk menambah baik proses pentadbiran," ujarnya.



Tambahnya, orang ramai harus berhati-hati dalam menilai segala maklumat di media sosial, baik di wadah yang tidak rasmi mahupun yang rasmi.



Adalah penting orang ramai mendengar pelbagai perspektif sebelum menilai pandangan yang berbeza, kata Dr Norshahril.



Dengan masyarakat Melayu/Islam kini boleh mempertimbang antara kedua-dua rencana Asia Sentinel yang menggunakan nama samaran serta respons terperinci daripada Muis, Penganalisis Kanan Ehwal Antarabangsa di Solaris Strategies Singapore, Dr Mustafa Izzuddin, berkata kesimpulannya bergantung pada sumber mana yang boleh dipercayai.



"Adakah masyarakat Melayu/Islam Singapura mempercayai rencana Asia Sentinel itu atau respons daripada Muis?



"Ini bukan kali pertama rencana seperti ini muncul dan pastinya ia bukan yang terakhir.



"Namun yang penting adalah respons kita terhadap rencana sedemikian, dengan membentangkan fakta dan tenang serta bertujuan meningkatkan kesedaran," ujarnya.



Tambahnya, inilah pendekatan yang diambil Muis, berasaskan usaha meyakinkan dan mendekati orang ramai dan bukan sekadar menangkis setiap dakwaan terhadapnya.



Dr Mustafa berkata ini pastinya dapat memelihara keyakinan masyarakat terhadap segala usaha yang dijalankan Muis selama ini.



Menurutnya, episod ini juga memberi Muis peluang memberi keyakinan kepada masyarakat dengan cara mereka tampil mengulas setiap dakwaan itu dengan teratur dan tenang.



Bagi Dr Norshahril, kenyataan oleh Muis itu juga menunjukkan bahawa mereka mendengar komen masyarakat, walaupun ia disampaikan melalui saluran tidak rasmi seperti media sosial.



"Penjelasan ini penting dalam menangkis segala tuduhan yang berlaku. Ia juga menunjukkan bahawa bukanlah dalam kepentingan Muis untuk berselindung," katanya.




"Adakah masyarakat Melayu/Islam Singapura mempercayai rencana Asia Sentinel itu atau respons daripada Muis? Ini bukan kali pertama rencana seperti ini muncul dan pastinya ia bukan yang terakhir. Namun yang penting adalah respons kita terhadap rencana sedemikian, dengan membentangkan fakta dan tenang serta bertujuan meningkatkan kesedaran."
- Penganalisis Kanan Ehwal Antarabangsa di Solaris Strategies Singapore, Dr Mustafa Izzuddin.



“Namun, kita perlu berlaku adil dalam penilaian kita, terutama sekali terhadap badan berkanun seperti Muis. Muis telah menjelaskan langkah yang telah diambil. Walaupun tidak semua yang sempurna, ada usaha untuk menambah baik proses pentadbiran.”
– Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >