PADA Julai tahun lalu, Inspektor Balai (SI) Norleen Ahmad ditugas mengendalikan kes melibatkan wanita warga emas yang membuang pasu bunga dan galah dari flatnya di Pasir Ris.
Warga emas itu dilapor mendengar 'suara' yang menyuruhnya berbuat demikian. Beliau dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan itu.