Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEJABAT PERDANA MENTERI

Usaha pendigitalan mampu harungi cabaran Covid-19

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



USAHA pendigitalan Singapura sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini, termasuk inisiatif Negara Bijak telah membolehkannya mengatasi banyak cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik Covid-19.



Pemerintah juga akan terus berusaha mendakap pendigitalan di masa hadapan untuk menjadikan negara lebih inklusif bagi semua warga.



Demikian menurut Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, semasa Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.



Menggambarkan sistem digital yang digunakan di sini sebagai "kritikal dalam penentangan Covid-19", Dr Balakrishnan, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi inisiatif Negara Bijak, berkata:



"Banyak solusi yang telah digunakan dalam krisis ini telah dibangunkan oleh jurutera GovTech (Agensi Teknologi Pemerintah) dan agensi awam lain dalam masa beberapa minggu, dan dalam sesetengah kes, beberapa hari sahaja.



"TraceTogether dan SafeEntry telah mengurangkan masa untuk mengenal pasti dan meletakkan dalam kuarantin kontak dekat (pesakit Covid-19) daripada empat hari kepada kurang dari satu setengah hari."



Beliau menambah bahawa teknologi akan terus memainkan peranan penting dalam penyambungan semula kehidupan seharian dengan selamat.



Menjawab soalan yang diajukan Anggota Parlimen Cik Tin Pei Ling (MacPherson) tentang apakah garis masa bagi inisiatif digital nasional digunakan untuk perjalanan dan transaksi rentas sempadan, Dr Balakrishnan berkata GovTech dan Kementerian Kesihatan (MOH) telah membangunkan standard HealthCerts yang dapat dikendalikan secara global berdasarkan teknologi 'blockchain' untuk memudahkan pengesahan dokumen kesihatan rentas sempadan.



Sementara itu, Encik Alex Yam (Marsiling-Yew Tee) berkata perkhidmatan digital yang dibangunkan sebagai sebahagian usaha Negara Bijak telah memberi manfaat kepada warga Singapura dan perniagaan di sini.



Bersetuju, Dr Balakrishnan berkongsi bahawa 95 peratus transaksi pemerintah kini tidak melibatkan kertas, wang tunai dan boleh dilakukan secara dalam talian, berbanding hanya 8 peratus transaksi sedemikian pada 2018.



"Ini adalah antara kadar yang tertinggi di dunia," ujar beliau.



Akur bahawa inisiatif Negara Bijak telah banyak membantu warga Singapura semasa pandemik Covid-19, Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) telah bertanya sama ada terdapat sebarang rancangan di masa hadapan untuk memperkenal lebih banyak inisiatif Negara Bijak untuk memberi perkhidmatan lebih inklusif bagi semua warga.



Dr Balakrishnan berkata lebih banyak usaha akan dilakukan untuk meningkatkan infrastruktur digital serta memperkukuh kemampuan Singapura untuk meningkatkan ketangkasan negara dalam mengharungi keperluan masa depan.



"Kami akan memanfaatkan 'cloud' dengan lebih banyak lagi untuk meningkatkan perkhidmatan baru dan merekayasa semula perkhidmatan sedia ada.



"70 peratus sistem IT (teknologi infokom) yang layak akan berpindah ke 'cloud' menjelang 2023 di bawah Pelan Pembangunan Digital Pemerintah," ujarnya.



Dalam pada itu, beliau mengumumkan bahawa The Digital Academy akan dilancarkan pada suku akan datang untuk membangunkan kemahiran digital perkhidmatan awam seperti dalam analisis data dan keselamatan siber.



Akademi tersebut akan melatih lebih 6,000 pegawai perkhidmatan awam dan bakal menawarkan 95 program latihan dalam tahun pertamanya, jelas beliau.



Namun, dalam semua usaha pendigitalan ini, adalah penting bagi pemerintah terus bekerjasama dengan sektor awam serta warga Singapura untuk memastikan inisiatif-inisiatif yang ditubuhkan bermanfaat bagi semua.



"Kerjasama adalah kunci usaha Negara Bijak kita.



"Kita mesti melibatkan orang ramai dan menjadikan Negara Bijak suatu kenyataan bagi semua.



"Kami akan menubuhkan panel warga yang baru yang akan meneroka bagaimana kita dapat merancang perkhidmatan digital yang lebih inklusif, terutama bagi warga senja dan mereka yang kurang upaya," kata Dr Balakrishnan.




"Banyak solusi yang telah digunakan dalam krisis ini telah dibangunkan oleh jurutera GovTech (Agensi Teknologi Pemerintah) dan agensi awam lain dalam masa beberapa minggu, dan dalam sesetengah kes, beberapa hari sahaja. TraceTogether dan SafeEntry telah mengurangkan masa untuk mengenal pasti dan meletakkan dalam kuarantin kontak dekat (pesakit Covid-19) daripada empat hari kepada kurang dari satu setengah hari."
- Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi inisiatif Negara Bijak.




SEKILAS USAHA PENDIGITALAN



HEALTHCERTS



- piawaian rentas sempadan untuk mengesahkan ujian Covid-19 dan sijil vaksin



LEBIH BANYAK URUS NIAGA DIGITAL



- 95% urus niaga pemerintah kini tanpa kertas, tanpa tunai, meningkat 8% berbanding 2018



PENGGUNAAN KHIDMAT 'CLOUD'



- 70% sistem IT yang layak dijangka dipindahkan ke khidmat keawanan pada 2023



AKADEMI DIGITAL - Dilancar suku kedua 2021, bantu pegawai awam luas kemahiran



PANEL WARGA BARU



- ditubuh suku ketiga 20201, untuk kumpul maklum balas pertingkat khidmat digital




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >