Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha penduduk Marsiling- Yew Tee hijaukan S’pura

May 28, 2023 | 01:31 PM



LEBIH daripada 150 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di GRC Marsiling-Yew Tee telah dipasang sistem fotovolta suria (PV) sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan Singapura lebih hijau.

Sekitar 300 flat lagi akan dipasang sistem PV solar dan apabila siap, kapasiti solar boleh mencecah sebanyak 7.77 megawat-peak (MWp), mampu menjana tenaga untuk 2,070 flat empat bilik setiap bulan.

Demikian diumumkan Cik Hany Soh, Naib Pengerusi Majlis Bandaran Marsiling-Yew Tee, yang juga penasihat GRC Marsiling Yew Tee, semasa acara menanam pokok pada Ahad.

Acara yang diadakan di kawasan hijau sekitar Blok 402 Woodlands Street 41 itu sebahagian daripada inisiatif nasional untuk menanam 10,000 pokok bagi memperingati ulang tahun kelahiran perdana menteri pertama Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Turut hadir adalah Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee termasuk Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West, Encik Alex Yam.

Sekitar 200 keluarga dan anak-anak mereka daripada pusat Prasekolah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) di kawasan itu berkumpul seawal 8.30 pagi untuk menanam 50 pokok.

Antara mereka adalah Cik Rosziyah Abdul Rahim, 44 tahun, dan anaknya, Nuha Qaisara, enam tahun.

Suri rumah kepada tiga anak itu bangga dapat melibatkan diri dalam acara itu kerana ia mendedahkan anaknya kepada inisiatif hijau.

“Saya sering menanam pokok pandan dan pokok limau purut di rumah dan kadangkala anak-anak saya tolong siramkan air.

“Saya rasa inisiatif seperti ini dapat menanam rasa kekitaan dalam diri anak saya dan mereka dapat melihat bagaimana sumbangan mereka dapat membantu masyarakat pada masa depan,” katanya.

Cik Soh berkata bandar itu menyasarkan untuk menanam 1,000 pokok di seluruh GRC menjelang akhir 2023. Beliau juga melancarkan laporan kemampanan sulung GRC Marsiling-Yew Tee semasa acara itu.

Mengulas tentang laporan itu, Cik Soh berkata: “Ia melambangkan komitmen kami untuk mewujudkan bandar yang lebih hijau dan mampan. Kami mahu memainkan peranan untuk memerangi perubahan iklim.”

Menurut Cik Soh, laporan itu mengandungi rancangan masa depan bandar itu, serta maklum balas daripada penduduk untuk meningkatkan usaha inisiatif hijau.

Selain daripada memasang sistem PV dan menanam pokok, bandar Marsiling-Yew Tee juga telah menukar ruang yang kurang digunakan kepada taman masyarakat dimana penduduk dapat menanam herba, buah-buahan dan sayuran untuk menghasilkan makanan sendiri.

“Melalui taman masyarakat, kami berharap dapat mewujudkan peluang kepada penduduk muda dan tua untuk sama-sama terlibat dalam inisiatif persekitaran hijau.

“Kami juga berharap warga emas dapat menyampaikan petua kepada generasi muda, mendedahkan mereka kepada inisiatif hijau sebegini ketika mereka masih muda,” ujar Cik Soh.

Inisiatif hijau lain dilakukan GRC itu termasuk menggantikan 216 lif flat dengan lif yang menggunakan lebih kurang tenaga, serta bekerjasama dengan syarikat pengurusan sisa – Alba-WH dan SGRecycle – untuk melancarkan inisiatif kitar semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >