Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERENANG NASIONAL ELIT DISIASAT GUNA DADAH

Shanmugam perjelas 'layanan' terhadap Joseph Schooling dan Amanda Lim

Tiada layanan istimewa; tiada bukti kedua-duanya ambil dadah sekarang
Sep 02, 2022 | 05:30 AM



DUA perenang negara - Joseph Schooling dan Amanda Lim - yang disiasat Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi kesalahan mengambil ganja dilayan sama seperti orang lain, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Meskipun mereka mengaku pernah mengambil dadah sebelum ini, Encik Shanmugam berkata tiada bukti jelas menunjukkan Schooling dan Lim mengambil dadah sekarang, dengan ujian air kencing mereka juga negatif.



Lim, 29 tahun, memiliki peralatan dadah dan beliau diberi amaran baginya.



Berdasarkan undang-undang, kes Schooling, 27 tahun, telah diserahkan kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) memandangkan beliau sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa.



Mindef telah meletak Schooling di bawah rejim ujian air kencing selama enam bulan, memberinya surat amaran rasmi serta tidak akan membenarkannya mengambil cuti atau menangguh latihan NS lagi untuk menjalani latihan atau menyertai pertandingan.



Dalam laman Facebook beliau semalam, Encik Shanmugam berkata beberapa orang bertanya mengapa Lim diberi amaran sahaja dan tiada tindakan diambil terhadap Schooling oleh CNB.



"Kami mengambil tindakan amat keras terhadap pengedar dadah dan mereka yang terlibat dengan perdagangan dadah... termasuk mengenakan hukuman gantung. Ini berbeza daripada cara kami mengambil tindakan terhadap mereka yang hanya menyalah guna dadah dan tidak pernah melakukan kesalahan lain sebelum ini," ujarnya.



Sejak 2019, kata beliau, pendekatan negara ini ialah menganggap individu yang hanya menyalah guna dadah sebagai orang yang benar-benar memerlukan bantuan. Mereka tidak dipenjara atau mempunyai rekod jenayah walaupun pengambilan dadah merupakan satu kesalahan.



Sebaliknya, langkah akan diambil untuk membantu mereka menjalani pemulihan, termasuk menerusi Pusat Pemulihan Dadah (DRC) atau dengan penyeliaan. Encik Shanmugam berkata ini akan membantu menyepadukan semula mereka dalam masyarakat dengan lebih cepat dan berkesan.



Beliau menambah bahawa pihak berkuasa tidak memasukkan orang ke DRC atau memberi mereka amaran jika tiada hasil ujian air kencing positif atau mereka tidak mengambil dadah sekarang.



"Namun... jika ada bukti jelas penggunaan dadah sekarang, CNB akan mengambil tindakan, baik pengambilan dadah itu berlaku di Singapura di luar negara," ujar beliau.



Mengulas tentang isu itu buat kali pertama di ruang awam menerusi satu pos Facebook berasingan kelmarin, Encik Shanmugam berkata beliau pasti warga Singapura akan bersikap baik budi dan mengingati sumbangan Schooling dan Lim serta memberi mereka sokongan.



"Perenang ini telah bekerja keras dan memberi banyak sumbangan. Mereka telah membanggakan Singapura. Schooling khususnya mencapai kejayaan yang tidak pernah boleh saya bayangkan - pingat emas Olimpik dan dalam sukan renang lagi.



"Saya tidak akan pernah boleh lupa melihatnya sebarisan dengan legenda, dengan pusingan akhir ketika itu menampilkan ramai bintang. Dan beliau menewaskan mereka semua," ujarnya.



Dalam pada itu, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, menyifatkan perbuatan dua perenang itu sebagai keputusan salah serius dan tidak boleh dipandang ringan. Schooling dan Lim, katanya, telah mengakui kesilapan mereka, berasa penuh sesal, mengambil tanggungjawab bagi perbuatan mereka dan memohon maaf.



"Ini satu kesilapan dan kita semua buat kesilapan. Langkah berdepan dengan kesilapan mereka itu merupakan langkah pertama menuju ke arah pemulihan yang betul.



"Majlis Sukan Singapura (SportSG) juga akan menyiasat hal ini dengan teliti dan menentukan tindakan susulan sewajarnya," ujar Encik Tong, yang juga Menteri Kedua Undang-Undang.




Usaha perang dadah harus diterus walau lebih sukar kini



USAHA memastikan Singapura terus bebas dadah dan selamat kini lebih sukar dengan perubahan yang dilaksana di negara lain, termasuk Thailand yang telah mengeluarkan ganja daripada senarai narkotiknya.



Namun, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata Singapura harus terus menangani cabaran itu. Ini termasuk dengan pendidikan pencegahan dadah baik di sekolah mahupun di luar.



"Kita harus terus berusaha. Usaha ini ibarat berenang menentang arus, dengan apa yang berlaku di rantau ini," ujarnya.



Encik Shanmugam berkata demikian ketika ditemui media di sisi pelancaran kemudahan kesihatan menyeluruh AIBI Maxwell di 30 Maxwell Road semalam.



Beliau turut ditanya apakah kesan kes dua perenang nasional mengaku mengambil ganja ke atas usaha Singapura memerangi dadah, memandangkan Joseph Schooling suri teladan bagi ramai atlet muda.



Encik Shanmugam berkata akan ada rintangan apabila individu berprofil tinggi dilihat mengambil dadah, namun ia perlu ditangani dan usaha diteruskan.



"Saya rasa orang ramai juga akan melihat bahawa tidak kira siapa anda, kes ini akan diketahui orang ramai dan anda menghadapi akibatnya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >